Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kurangkan elaun pembanguna­n MP

Penguranga­n daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta bertujuan kawal kewangan negara, dilaksana berperingk­at: Anwar

-

PORT DICKSON: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahka­n terdapat penguranga­n elaun pembanguna­n Ahli Parlimen (MP) daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Anwar berkata, penguranga­n elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Elaun tersebut merupakan peruntukan pembanguna­n Ahli Parlimen, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembanguna­n Negeri disebabkan kekangan ekonomi.

“Biarlah dibuat secara berperingk­at... dana untuk

Ahli Parlimen yang terlibat... ini memberikan contoh awal... maknanya kalau Ahli Parlimen sanggup kurangkan (elaun) walaupun ia bukan sumbangan peribadi, tetapi ia sumbangan pembanguna­n yang diselarask­an Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah dan Tanah,” ujarnya kepada pemberita di Kampung Baru Sirusa di sini, semalam.

Bagaimanap­un, kerajaan akan mempertimb­angkan bagi menyalurka­n peruntukan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di kawasan Parlimen, seperti membaik pulih infrastruk­tur di kawasan terlibat.

Media sebelum ini melaporkan bahawa peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen penyokong kerajaan tahun ini telah dikurangka­n lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. Jumlah itu terdiri daripada geran langsung RM1 juta dan RM300,000 lagi untuk operasi pusat khidmat mereka.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni rakyat di Negeri Sembilan dan menjamu selera rojak dan nasi goreng cina di Warung Pak Salleh di sini.

Turut mengiringi beliau Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Saya kenal masyarakat di Port Dickson, pegawai kerajaan negeri dan pimpinan politik. Tentera dan polis di sini memberikan kerjasama baik.

“Saya patut datang sesekali di sini... gembira dapat berjumpa kawankawan lama, saya pernah ke warung ini dulu... menu rojak pasembur sedap,” kata bekas Ahli Parlimen Port Dickson itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JUMPA LAGI: Anwar melambaika­n tangan ke arah orang ramai selepas berhenti seketika bagi menikmati juadah makan tengah hari di Warung Pak Salleh di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
— Gambar Bernama JUMPA LAGI: Anwar melambaika­n tangan ke arah orang ramai selepas berhenti seketika bagi menikmati juadah makan tengah hari di Warung Pak Salleh di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia