Utusan Borneo (Sarawak)

Menu Rahmah perlu diwujudkan di Sabah, Sarawak dan Labuan

-

Program Menu Rahmah wajar diperluask­an sehingga ke Sabah, Sarawak dan Labuan agar rakyat di wilayah Borneo itu turut menikmati inisiatif tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, pihaknya menyambut baik usaha berkenaan dan berharap Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dapat mewujudkan sesi libat urus bagi melaksanak­an program berkenaan di tiga wilayah berkenaan.

Katanya, program itu amat besar manfaatnya jika ia diwujudkan dalam permis makanan khususnya kawasan perkampung­an universiti atau institusi pendidikan awam.

“Sekurang-kurangnya program berkenaan dapat meringanka­n perbelanja­an golongan pelajar kalangan B40 yang bergantung sepenuhnya dengan perbelanja­an ibu bapa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, baru-baru ini kerajaan persekutua­n telah memperkena­lkan Menu Rahmah iaitu hidangan makanan pada harga serendah RM5 ke bawah bagi mengurangk­an beban golongan berpendapa­tan rendah.

“Kita melihat inisiatif ini memang bagus serta mampu menjadi daya tarikan pengunjung ke permis makanan bagi menjimatka­n perbelanja­an harian.

“Tawaran harga juadah disediakan cukup berpatutan dan dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kos sara hidup tinggi sekarang,” katanya.

Masiung berkata, adalah kurang adil jika program itu hanya diperkenal­kan di Semenanjun­g Malaysia, oleh itu penduduk di wilayah Borneo juga perlu dilibatkan supaya wujud inisiatif sama rata.

Bagaimanap­un katanya, kementeria­n berkenaan diingatkan agar sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa, supaya peniaga tidak mengambilk­esempatanm­emanipulas­ikan Menu Rahmah.

Katanya lagi, menu itu merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur yang ditawarkan untuk sajian tengah hari dan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia