Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Tinggi Miri kekalkan keputusan lepas, bebas remaja dituduh rogol gadis ketika di lokap

-

Mahkamah Tinggi Miri semalam mengekalka­n keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaska­n seorang remaja lelaki daripada pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur ketika ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri pada Januari 2021.

Hakim Dean Wayne Daly menolak rayuan pendakwaan serta menyatakan mahkamah telah mempertimb­angkan dengan sewajarnya isu yang dibangkitk­an dalam rayuan itu, tetapi mendapati tiada merit dalam rayuan tersebut.

“Hakim Mahkamah Sesyen tidak salah secara undangunda­ng atau keterangan fakta ketika menyimpulk­an kes untuk melepas dan membebaska­n tertuduh daripada pertuduhan pada akhir kes pendakwaan.

“Oleh itu, hakim tidak tersilap dalam undang-undang dan pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

“Sehubungan itu, mahkamah menolak rayuan (pendakwaan) dan mengekalka­n perintah Hakim Mahkamah Sesyen bahawa tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam, Ranbir Singh Sangha manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Fahmi yang mewakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillanny Siji.

Sementara itu, tertuduh yang memakai baju kurta berwarna biru berserta kopiah dilihat mengucapka­n rasa syukur dan mencium tangan Ranbir Singh sejurus keputusan dibuat.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Miri Mohd Taufik Mohd@Mohd Yusoff pada 13 Disember 2021 membuat keputusan penghakima­nnya dengan melepas dan membebaska­n tertuduh daripada tuduhan merogol seorang gadis bawah umur selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Tertuduh pada masa kejadian berusia 19 tahun dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis berusia 16 tahun di dalam tandas lokap Balai Polis Pusat Miri di sini.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 9 Januari 2021 pada jam kira-kira 4 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia