Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah digenangi air sejak Ahad jejas empat sekeluarga di Julau

Mangsa kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara

- Oleh Kepu Sidi

Berdasarka­n maklumat daripada penghuni, rumah tersebut telah dinaiki air pada Ahad lepas (29 Januari) dan belum lagi surut akibat kawasan tersebut menjadi takungan air dan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

JULAU: Empat sekeluarga terpaksa menumpang dan memindahka­n barangan penting milik mereka di rumah saudara setelah rumah mereka dinaiki air sejak 29 Januari lalu hingga semalam.

Kejadian itu menimpa keluarga Chong Chet Fat, 37, yang tinggal di sebuah rumah yang dibina melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jalan Entabai Julau, berhampira­n Dewan Masyarakat Julau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi semalam.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, seramai enam anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi yang terletak 40 kilometer dari balai untuk memantau situasi laporan dan menghulurk­an bantuan kepada mangsa.

“Ketika sampai di lokasi tersebut, anggota bomba mendapati rumah mangsa

dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

“Berdasarka­n maklumat daripada penghuni, rumah tersebut telah dinaiki air pada Ahad lepas (29 Januari) dan belum lagi surut akibat kawasan tersebut menjadi takungan air dan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu,” kata Nicholas kepada media semalam.

Namun demikian katanya, tiada aktiviti pemindahan penghuni dilakukan ke pusat pemindahan banjir di

kawasan itu kerana keluarga terbabit menumpang di rumah saudara mereka yang terletak bersebelah­an.

Menurut Nicholas, ketika pemeriksaa­n dilakukan, anggota bomba mendapati cuaca mendung dan berisiko untuk berlaku hujan.

“Berdasarka­n situasi tersebut, anggota bomba turut menasihatk­an penduduk tentang risiko hujan dan air naik, justeru mereka perlu sentiasa berhati-hati dan menberikan tumpuan terhadap situasi

Nicholas Belulin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

semasa.

“Anggota bomba turut mengingatk­an penduduk agar menghubung­i pihak bomba atau agensi berkaitan lain jika paras air di lokasi tersebut menunjukka­n peningkata­n dan berbahaya,” ujar Nicholas.

 ?? ?? DIGENANGI AIR: Keadaan rumah mangsa di Julau yang dinaiki air sejak 29 Januari lalu yang masih belum surut hingga semalam.
DIGENANGI AIR: Keadaan rumah mangsa di Julau yang dinaiki air sejak 29 Januari lalu yang masih belum surut hingga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia