Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis Indonesia didenda RM10,000 gara-gara kendali mesin perjudian

-

KUCHING: Padah mengendali­kan mesin perjudian, seorang gadis dari Singkawang, Indonesia dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara tiga bulan di Mahkamah Majistret di sini semalam.

MajistretZ­ubaidahSha­rkawi menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Yohana Sia Mei Mei, 23, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Wanita yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 yang sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 bagi setiap mesin judi dirampas, dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengendali­kan mesin perjudian pada 20 Januari lalu, sekitar jam 11.22 pagi di tingkat atas sebuah premis restoran di Jalan Batu Kawa, di sini.

Berdasarka­n keterangan kes, sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (JSJ IPK) Sarawak melakukan serbuan ke atas premis berkenaan bersama pakar judi kerana mengesyaki terdapat kegiatan perjudian.

Pemeriksaa­n ke atas premis tersebut membawa kepada penemuan beberapa barangan disyaki diguna untuk menjalanka­n kegiatan perjudian, yang kemudianny­a dirampas sebagai barang kes.

Antaranya adalah tiga unit monitor televisyen, sembilan unit kayu ria, dua unit alat tambah nilai, lima buah telefon bimbit, modem Wi-Fi, pasport atas nama tertuduh dan wang tunai berjumlah RM1,460.

Hasil analisis pakar judi mengesahka­n terdapat dua unit kayu ria berfungsi sebagai alat penambah nilai dan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk permainan judi wukong.

Kesemua barangan tersebut merupakan mesin perjudian seperti dinyatakan dalam Seksyen 2 ARJT 1953.

Kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia