Utusan Borneo (Sarawak)

MIPD komited pastikan projek siap ikut jadual, kualiti: Uggah

Masih banyak yang perlu dilakukan kementeria­n, agensi tahun ini

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) komited untuk memastikan projek-projek pembanguna­n di bawah kementeria­n dapat disiapkan mengikut jadual dan kualiti yang ditetapkan.

Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, masih banyak yang perlu dilakukan kementeria­n dan agensi di bawahnya pada tahun ini.

“Kami telah menghidupk­an semula banyak projek yang sakit walaupun ia masih menjadi masalah yang mengganggu. Kami masih mempunyai 340 projek tertangguh secara kritikal.

“Premier kita juga, semasa Jawatankua­sa Penyelaras­an pembanguna­n negeri di Kapit baru-baru ini mahu JKR dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) memastikan semua projek pembanguna­n yang diamanahka­n kepada kementeria­n disiapkan mengikut jadual dan kualiti yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kementeria­n yang dihadiri dua timbalanny­a Dato Majang

Renggie dan Aidel Lariwoo, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Setiausaha Tetap kementeria­n Chiew Chee Yaw dan Pengarah JKR Negeri Richard Tajan di sini, malam kelmarin.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, beliau optimis dengan kerjasama erat, sokongan dan persefaham­an antara semua pihak, perkara itu akan dapat dilakukan.

“Kami boleh belajar daripada kesilapan lalu, kejayaan yang kami capai dan banyak teknologi baharu yang boleh kami gunakan.

“Saya juga amat berterima kasih kepada dua timbalan menteri saya, Dato Majang Renggie dan Ir Aidel Lariwoo kerana banyak membantu dan menyokong,” katanya.

Mengenai prestasi kementeria­n tahun lepas, Uggah berkata, daripada RM7.724 juta Perbelanja­an Operasi, ia berjaya membelanja­kan RM7.548 juta atau 97.71 peratus.

Bagaimanap­un, bagi Perbelanja­an Pembanguna­n, daripada RM942.991 juta yang diperuntuk­kan, ia telah membelanja­kan RM642.751 juta atau 68.16 peratus, katanya.

Kami boleh belajar daripada kesilapan lalu, kejayaan yang kami capai dan banyak teknologi baharu yang boleh kami gunakan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

 ?? ?? SAMBUTAN: Uggah dan isterinya Dato Doreen Mayang serta Majang menyaksika­n persembaha­n tarian singa semasa ketibaan mereka pada sambutan Tahun Baharu Cina 2023 MIPD, malam kelmarin.
SAMBUTAN: Uggah dan isterinya Dato Doreen Mayang serta Majang menyaksika­n persembaha­n tarian singa semasa ketibaan mereka pada sambutan Tahun Baharu Cina 2023 MIPD, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia