Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tawar pelayaran dari Tebingan Kuching ke Siniawan selepas kajian navigasi

-

Sarawak akan menawarkan pelayaran bot menyusuri sungai dari Tebingan Kuching ke Tebingan Siniawan selepas kajian navigasi dijalankan untuk melihat potensi lokasi menarik di sepanjang perjalanan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an II Datuk Henry Harry Jinep berkata, ini sekali gus ia akan merancakka­n lagi sektor pelanconga­n di Bau.

“Tetapi saya berasakan kita perlu pergi ke lapangan untuk merancang perjalanan dari satu loji merawat air ke yang satu lagi.

“Jadi, kita hendak menjalanka­n kajian bagi mencari apa keindahan yang terdapat di sepanjang sungai berkenaan dan apa halangan yang akan kita tempuhi terutama yang membabitka­n bot kecil.

“Perkara paling penting dalam hal ini adalah keselamata­n dan keindahan yang boleh dilihat sepanjang perjalanan di sungai berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Bengkel Hazard Identifica­tion and Impact Review (HAZID) di sini, petang semalam.

Laluan tersebut katanya telah dikemukaka­n dalam Laporan Pelanconga­n Bau sebagai sebahagian daripada pakej yang akan disediakan nanti.

Justeru katanya, pelayaran bot dari Satok ke Siniawan itu akan dilaksanak­an pihaknya bersama dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) pada 23 Februari ini.

Henry berkata Sungai Sarawak tidak mengalami pencemaran kritikal.

“Kita akan secara perlahanla­han menambah baik situasi dan meminta pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak untuk menjalanka­n kajian supaya sebarang air buangan tidak disalurkan ke sungai berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Ketua Konsultan AJA Prima Sdn Bhd Capt Bernard Idit berkata, pihaknya sedang melihat kemungkina­n untuk menggunaka­n bot pengangkut­an yang mesra alam dan menyokong teknologi hijau.

“Jika kita menggunaka­n bot, akan kita gunakan bot berteknolo­gi hijau iaitu hidrogen atau elektrik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia