Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil semula Pelabuhan Bintulu, MIPD ketuai perbincang­an dengan MOT

-

Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) telah ditugaskan untuk mengetuai perbincang­an dengan Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) di Putrajaya berhubung hasrat negeri untuk mengambil semula Pelabuhan Bintulu.

Pelabuhan itu ketika ini pelabuhan persekutua­n di bawah MOT.

Menteri MIPD Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Abang Johari Tun Openg memberi arahan itu semasa mesyuarat bulanan kabinet negeri kelmarin.

“Abg Jo (Abang Johari) pernah berkata beliau hanya mahu satu pelabuhan di Bintulu,” katanya berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kementeria­n di sini, malam kelmarin.

“Ini bukan tugas kecil. Sekarang kita juga ada Pelabuhan Samalaju di sana.

“Kita perlu melihat kepada Ordinan Lembaga Pelabuhan 1961. Kami berharap dapat membentang­kan rang undang-undang pada persidanga­n DUN menjelang akhir tahun ini,” kata Timbalan Premier itu.

Uggah berkata, kerajaan negeri mahu Pelabuhan Bintulu menjadi sebahagian daripada kluster pelabuhan negeri di bawah Lembaga Pelabuhan Pusat yang akan diperbadan­kan mengikut undang-undang negeri.

Beliau menambah, satu lagi tugas besar kementeria­n adalah untuk menghasilk­an Pelan Induk Pelabuhan Sarawak.

Kajian itu katanya, bertujuan untuk menambah baik dan meningkatk­an kecekapan perkhidmat­an pelabuhan, keselamata­n pelabuhan melalui pemasangan Vessel Traffic Management System (VTMS), kemudahan Aids to Navigation (AtoN), kren, kerja-kerja pengorekan dan meneroka peluang perniagaan baharu.

Kerajaan dalam pada itu memperuntu­kkan sejumlah RM4 juta untuk kajian itu yang bermula dengan Lembaga Pelabuhan Miri, jelasnya.

Hadir sama pada majlis tesebut ialah dua timbalan menteri MIPD Dato Majang Renggie dan Aidel Lariwoo, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Setiausaha Tetap kementeria­n Chiew Chee Yaw dan Pengarah JKR Negeri Richard Tajan.

 ?? ?? MERAIKAN: Uggah bersama isterinya Dato Doreen Mayang serta (dari kiri) Richard, Chiew dan isterinya Liew Hi Ling, Majang, Aidel dan Richard menggaul ‘yee sang’ pada majlis tersebut.
MERAIKAN: Uggah bersama isterinya Dato Doreen Mayang serta (dari kiri) Richard, Chiew dan isterinya Liew Hi Ling, Majang, Aidel dan Richard menggaul ‘yee sang’ pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia