Utusan Borneo (Sarawak)

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap menepati prinsip ekuiti, kata Fatimah

-

KUCHING: Pengumuman Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Seiring Konsep Malaysia Madani yang menyasarka­n golongan B40, veteran dan orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas menepati prinsip ekuiti.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah yang menyambut baik pengumuman itu bagaimanap­un berkata, ia tidak begitu membantu bagi mereka yang masih belum mendapat liputan Internet.

“Ini berita baik kerana ia memberi harga yang lebih murah kepada golongan miskin dan rentan B40, OKU dan warga emas.

“Ini menepati prinsip ekuiti dan jangan terlepas tawaran murah ini. Dalam pada itu, ada rakyat yang akan terlepas daripada mendapat faedah ini disebabkan kawasan tertentu di luar bandar belum ada liputan Internet, yang mana tawaran murah ini tidak membawa apa-apa makna kepada mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Fatimah berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kelmarin bahawa golongan B40, veteran, OKU dan warga emas kini boleh mendapatka­n perkhidmat­an jalur lebar dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan.

Fahmi berkata, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap itu akan mula ditawarkan bermula Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Menerusi satu kenyataan kelmarin, Fahmi berkata pengumuman itu selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup rakyat.

“Pakej ini adalah dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmat­an jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro,” katanya menurut kenyataan tersebut.

Tambah Ahli Parlimen

Lembah Pantai itu, tawaran terbaharu itu juga merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmat­an mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

“Semuanya terus berusaha dalam memastikan kesalinghu­bungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia Madani,” ujarnya.

 ?? FATIMAH ??
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia