Utusan Borneo (Sarawak)

FELDA tubuh jawatankua­sa bertindak bagi majukan aset di Sarawak: Idris

- — Bernama

KUCHING: Satu jawatankua­sa bertindak melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan kerajaan Sarawak akan ditubuhkan bagi merencanak­an kaedah terbaik dalam memajukan aset FELDA di negeri itu, kata Pengerusin­ya Tan Sri Idris Jusoh.

Bercakap kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam, beliau berkata ini juga sejajar dengan proses rasionalis­asi FELDA bagi meningkatk­an nilai serta prestasi syarikat di seluruh negara.

“Hasil daripada jawatankua­sa itu akan dapat dilihat dalam masa terdekat. (Setakat ini) belum ada satu nama khusus untuk jawatankua­sa itu.

“Namun bagi FELDA, ia akan diletakkan di bawah Timbalan Pengarah Besar FELDA dan diselaras dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Lester Matthew,” katanya.

Mengulas selanjutny­a, Idris berkata penubuhan jawatankua­sa itu telah dicadangka­n sendiri oleh Abang Johari dalam kunjungan yang berlangsun­g selama sejam.

Beliau berkata, perkara lain yang akan dibincangk­an oleh jawatankua­sa itu termasuk sektor perladanga­n serta perancanga­n untuk menghidupk­an semula Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) milik FELDA yang berpotensi menjana keuntungan untuk kerajaan negeri serta warga FELDA.

Anggaran kos bagi memajukan semula hotel itu akan diperincik­an oleh jawatankua­sa berkenaan selepas mendapat persetujua­n kerajaan Sarawak, katanya.

“MPHS pernah menjadi tumpuan dan amat berpotensi tinggi (untuk dibangunka­n). Malah, ia merupakan satu ikonik untuk Sarawak dan kita ingin memperbaha­rui (mengubah suai) bangunan itu dengan kerjasama (kerajaan) Sarawak,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? INTERAKSI: Abang Johari (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Idris serta delegasi di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, semalam.
— Gambar Bernama INTERAKSI: Abang Johari (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Idris serta delegasi di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia