Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Tambirat baharu sudah 90 peratus siap

Syarikat dilesen ekstrak pasir perlu beri sumbangan kepada individu terkesan

-

Kerja-kerja pembinaan Pasar Tambirat yang baharu di Asajaya hampir siap dengan kemajuan sudah melebihi 90 peratus.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos yang gembira dengan perkembang­an itu berkata, pasar terbabit mampu menempatka­n 100 peniaga pada satu-satu masa.

“Projek pasar ini adalah inisiatif MPKS dan dibiayai oleh IRSDA (Agensi Pembanguna­n Bersepadu Wilayah Samarahan).

“Pasar ini boleh menampung 100 peniaga majoriti yang terjejas dengan kerjakerja naik taraf jalan Asajaya.

“Sebab itu, MPKS dan IRSDA mengambil inisiatif untuk membina pasar baharu Tambirat ini,” katanya semasa lawatan bagi meninjau kerja-kerja pembinaan pasar tersebut, baru-baru ini.

Tambah Minos, projek itu mungkin dapat disiapkan lebih awal jika tidak disebabkan kekangan COVID-19.

Bagaimanap­un katanya, selepas sekatan COVID-19 dimansuhka­n pihak kontraktor dapat mengejar kembali jadual kerja.

Sehubungan itu, Minos berharap Pasar Tambirat itu dapat memulakan operasi pada April ini sebaik kerjakerja perincian disiapkan sepenuhnya.

Minos turut berterima kasih kepada Pengerusi IRSDA Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n serta Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan atas sokongan bagi projek tersebut.

Syarikat yang dilesenkan untuk mengekstra­k pasir perlu memberi sumbangan kepada individu yang hilang pendapatan dan terkesan akibat aktiviti pengorekan pasir di negeri ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, ia merupakan satu inisatif yang diperkenal­kan oleh kerajaan Sarawak.

“Di bawah inisiatif itu, kerajaan Sarawak mewajibkan syarikat yang dilesenkan mengekstra­k pasir perlu menyediaka­n sumbangan kepada individu yang hilang sumber pendapatan atau terkesan menerusi aktiviti pengorekan pasir di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program LANDAS Gives Back CSR anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di sini, kelmarin.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan Sarawak telah

bersetuju untuk membayar inisiatif sebanyak RM25,800 kepada 43 penerima yang hilang pendapatan.

“Sumbangan itu diagihkan kepada enam kampung iaitu Kampung Segedup, Kampung Paroh, Kampung Maong, Kampung Sandong,

Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sejijak.

“Sumbangan ini diperolehi melalui dana tanggungja­wab sosial oleh Magna Focus Sdn Bhd, selaku pemegang lesen mengekstra­k pasir yang berhampira­n dengan kampung berkenaan,” ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Tanah dan Survei Rozlan Putit, wakil Magna Focus Sdn Bhd Ahmad Daud Manan serta Ketua Bahagian Penguatkua­sa Jabatan Tanah dan Survei Abang Jamallidon Abang Ullie.

 ?? ?? BANTU: Awang Zamhari menyerahka­n cek sumbangan kepada penerima yang terjejas punca pendapatan.
BANTU: Awang Zamhari menyerahka­n cek sumbangan kepada penerima yang terjejas punca pendapatan.
 ?? ?? GEMBIRA: Minos (tengah) turun padang meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan Pasar Tambirat di Asajaya, baru-baru ini.
GEMBIRA: Minos (tengah) turun padang meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan Pasar Tambirat di Asajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia