Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian navigasi Sungai Sarawak sedang dijalankan: Miro

Kajian dari Tebingan Kuching hingga ke Jeti Pekan Siniawan bagi mengenal pasti bahaya, nilai ekonomi kepada komuniti

- Oleh Agnes Tugong ADUN Serembu

KUCHING: Satu kajian sedang dijalankan mengenai navigasi Sungai Sarawak dari Tebingan Kuching hingga ke Jeti Pekan Siniawan bagi mengenal pasti bahaya serta nilai ekonomi kepada komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, kajian tersebut adalah yang pertama dijalankan dan dibiayai kerajaan negeri.

“Kita ada banyak sungai di Sarawak yang digunakan sebagai pengangkut­an utama dan semua sungai ini pada pendapat saya belum dibuat kajian.

“Jadi kajian navigasi dari Tebingan Kuching hingga ke Siniawan ini boleh dianggap sebagai projek perintis dan rujukan untuk kerajaan negeri menjalanka­n lebih banyak kajian serta penyelidik­an pada masa akan datang mengenai navigasi sungai serta nilainya kepada komuniti dari aspek ekonomi mahupun dalam membuat polisi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel HAZID (Hazard Identifica­tion and Impact Review) berkaitan kajian mengenai Sungai Sarawak dari Tebingan Kuching hingga Jeti Pekan Siniawan di sebuah hotel di sini, semalam.

Tambah Miro, kajian itu akan mengambil tempoh sama selama enam bulan dan dijangka siap pada Jun ini di mana hasil kajian akan dikemukaka­n semula kepada Premier Sarawak bagi tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, Ketua Perunding yang dilantik bagi kajian tersebut, Capt Bernard Idit yang juga Pengarah AJA Prima Sdn Bhd berkata, objektif bengkel itu adalah untuk membawa semua agensi berkaitan untuk berdialog

mengenai penyelesai­an dan perkara terbaik bagi menjadikan Sungai Sarawak terutama

dari Tebingan Kuching hingga Siniawan selamat untuk penggunany­a.

Setakat ini katanya, tiada kajian dibuat dan mereka adalah yang perunding pertama Sarawak yang melakukann­ya bagi memastikan bukan sahaja dari aspek navigasi tetapi juga aspek lain.

“Bila kita melakukan keselamata­n navigasi misalnya sepanjang laluan sungai ini, kita juga memeta di mana kemungkina­n kapal atau bot untuk masuk dari Tebingan Kuching hingga ke Siniawan.

“Jadi pengguna laluan sungai ini boleh belayar dengan selamat sepanjang masa sama ada siang atau malam dan boleh pergi dari satu tempat ke satu tempat dengan selamat,” katanya.

Tambahnya bukan sahaja keselamata­n, kajian ini juga diharap dapat membangunk­an keseluruha­n kawasan sungai terutama antara Jambatan Batu Kawa hingga Siniawan yang masih belum dibangunka­n.

Kita ada banyak sungai di Sarawak yang digunakan sebagai pengangkut­an utama dan semua sungai ini pada pendapat saya belum dibuat kajian.

Miro Simuh

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERIMA KASIH: Miro (empat kiri) menerima momento daripada Bernard sebagai tanda penghargaa­n.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERIMA KASIH: Miro (empat kiri) menerima momento daripada Bernard sebagai tanda penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia