Utusan Borneo (Sarawak)

PDP akan perbanyak program amal untuk bantu golongan memerlukan

-

Parti Demokratik Progresif (PDP) akan memperbany­akkan program amal tahun ini untuk membantu golongan memerlukan dan ditimpa kesusahan.

Exco PDP Negeri merangkap Ketua Pemuda PDP Batu Danau Kaunselor Daniel Taha berkata, pihaknya juga akan menjalin kerjasama dengan pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melancarka­n kutipan derma serta sumbangan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah.

“Insiden kebakaran yang meranapkan 39 pintu Rumah Bujang, Rantau Kiran baru-baru ini menyentuh hati semua masyarakat termasuk di pihak kita.

“Kita bersyukur PDP merupakan antara yang terawal menyalurka­n bantuan melalui kutipan derma dan sumbangan daripada pelbagai pihak

berbentuk barang makanan, minuman dan barangan keperluan dapur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Daniel berkata, kesukaran dari segi kedudukan dan logisitik yang agak jauh dari bandar, keadaan jalan yang cukup mencabar selain kekangan dari segi liputan kemudahan telekomuni­kasi

untuk berhubung tidak menjadi penghalang untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaa­n berkenaan.

“Kita amat berterima kasih kepada para penyumbang yang bermurah hati menderma, menghulurk­an bantuan dalam menyantuni mangsa kebakaran yang hilang tempat kediaman.

“Antaranya Pemuda PDP, Jawatankua­sa Tamu Medamit, Gereja Methodist Limbang, Persatuan Jururawat (SNPA), Fitness Fit For Run, Fitness Geng Padang, orang ramai, persatuan, NGO dan mereka yang bermurah hati,” katanya.

Daniel berkata, semangat membantu yang diamalkan dan menjadi budaya dalam Pemuda PDP bersama lain sejak dahulu lagi perlu dikekal dan diteruskan khususnya dalam menyantuni mereka yang memerlukan.

Pada pagi 25 Januari lepas, 226 penghuni Rumah Bujang, Rantau Kiran tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka ranap dalam kebakaran.

Bagaimanap­un, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu yang memusnahka­n 80 peratus rumah panjang 39 pintu terbabit.

 ?? ?? PROGRAM AMAL: Daniel (dua kanan) serta yang lain ketika menyerahka­n bantuan berupa barang makanan kepada mangsa kebakaran Rumah Bujang, Rantau Kiran baru-baru ini.
PROGRAM AMAL: Daniel (dua kanan) serta yang lain ketika menyerahka­n bantuan berupa barang makanan kepada mangsa kebakaran Rumah Bujang, Rantau Kiran baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia