Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari amat prihatin pembanguna­n semula Sibu

RM1 bilion diperuntuk bagi tujuan itu, kerajaan Belanda nyata hasrat beri bantuan teknikal selesaikan masalah banjir

- Oleh Reno Benjamin Dato Sri Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier Sarawak

SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Premier Sarawak amat prihatin dengan rancangan pembanguna­n semula di Sibu dan telah memperuntu­kkan dana RM1 bilion untuk tujuan itu.

Beliau juga berkata, kerajaan Belanda telah menyatakan hasrat untuk memberikan bantuan teknikal bagi menyelesai­kan masalah banjir di Sibu.

“Kerajaan Sarawak juga akan melawat Belanda pada akhir bulan ini untuk membincang­kan penyelesai­annya.

“Pelan pembanguna­n semula itu juga akan melibatkan sebahagian besar kawasan Sibu dan itu juga termasuk pembinaan tasik,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SUPP Sibu di Dewan Suarah di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak itu menggesa penduduk Sibu supaya tidak membeli rumah di Kuching memandangk­an Sibu akan berkembang maju pada masa akan datang.

“Sibu akan menjadi kaya dan hebat. Ini rancangan kerajaan untuk Sibu,” tegasnya. Dr Sim turut memberitah­u Sarawak telah mengalami perubahan besar sejak 10 tahun lalu di bawah kepimpinan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Sarawak telah memperoleh kemerdekaa­n politik dan ekonomi sejak itu, selain meningkatk­an pendapatan­nya daripada RM7 bilion pada 2018 kepada RM11.9 bilion pada 2022.

Katanya, kerajaan Sarawak menyediaka­n pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk RM6.7 bilion untuk membantu rakyat dan perniagaan semasa pandemik COVID19.

“Marilah kita sama-sama menyayangi dan melindungi Sarawak serta berusaha ke arah mencapai negeri yang sejahtera menjelang 2030,” tambah Dr Sim.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II dan ADUN Pelawan Michael Tiang, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Senator Robert Lau Hui Yew, Temenggung Dato Vincent Lau dan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting.

Sibu akan menjadi kaya dan hebat. Ini rancangan kerajaan untuk Sibu.

 ?? ?? SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Dr Sim (tiga kiri) memberikan angpau kepada penari tarian singa sambil diperhatik­an oleh (dari dua kiri) Ting, Tiang, Chieng dan yang lain.
SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Dr Sim (tiga kiri) memberikan angpau kepada penari tarian singa sambil diperhatik­an oleh (dari dua kiri) Ting, Tiang, Chieng dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia