Utusan Borneo (Sarawak)

PKB Mukah rampas 664 produk bernilai RM3,495 atas pelbagai kesalahan

-

Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Mukah melalui Unit Kesihatan dan Kualiti Makanan (UKKM) berjaya merampas 664 produk terdiri daripada produk tamat tarikh luput, kemek dan rosak bernilai RM3,495.40.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Huzaimah Husin, ia sempena operasi khas sambutan Tahun Baharu Cina dan Krismas, baru-baru ini.

“Operasi telah dilaksanak­an di 52 premis di Daerah Dalat, Daro, Tanjung Manis dan Mukah,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, sebanyak empat notis dikeluarka­n atas kesalahan menjual produk telah tamat tarikh luput mengikut Peraturan 14(9)(b).

Selain itu katanya, jum- lah keseluruha­n kom- paun dikeluarka­n bernilai RM14,000.

Operasi dijalankan bertujuan untuk memastikan makanan dijual di pasaran adalah selamat untuk dimakan dan mematuhi peraturan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, jelasnya.

Ketika operasi dijalankan katanya, pihaknya juga ada mengambil sampel limau

mandarin untuk dianalisis.

“Perkara ini supaya analisis parameter racun perosak turut disemak dan dihantar untuk pemeriksaa­n ke Makmal Keselamata­n dan Kualiti Makanan Sarawak.

“Operasitur­utmenekank­an kepada label makanan di mana semua makanan yang diproses atau dibungkus di Malaysia perlu dilabelkn

dalam Bahasa Malaysia.

“Bagi makanan import, ia dibenarkan untuk dilabel dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

“Pelanggara­n Seksyen 16 Akta Makanan 1983 jika sabit kesalahan, individu tersebut boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau keduaduany­a sekali,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykila­n berhubung isu keselamata­n makanan boleh berhubung dengan PKB berdekatan atau membuat aduan di http://moh.spab.gov.my dan mendapatka­n maklumat di Facebook rasmi Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) di www. facebook.com/bkkmhq.

 ?? ?? PERIKSA: Kakitangan KKM ketika melakukan pemeriksaa­n di salah satu premis dalam operasi tersebut.
PERIKSA: Kakitangan KKM ketika melakukan pemeriksaa­n di salah satu premis dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia