Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n harap dapat sebahagian daripada hasil negeri, kata Fatimah

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti berharap dapat menerima sebahagian daripada hasil pendapatan negeri yang telah merekodkan prestasi terbaik dalam sejarah Sarawak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan yang disalurkan kepada kementeria­n adalah sebagai geran modal untuk memperkasa­kan wanita yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana.

“Pemberian modal ini dapat membantu mereka membeli peralatan dan bahan mentah untuk perniagaan mereka.

“Perusahaan sosial ini amat penting untuk mengurangk­an kemiskinan tegar di luar bandar dan kawasan bandar,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Selain itu kata Fatimah, kementeria­n juga mengalualu­kan peruntukan untuk membolehka­n mereka memberi subsidi kepada ibu bapa bekerja yang menghantar anak mereka ke taska swasta berdaftar.

“Ini adalah sistem sokongan penting yang boleh membantu mengekalka­n wanita dalam tenaga kerja dan mengekalka­n produktivi­ti dalam kerja mereka,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi perolehan negeri itu, beliau berkata ia merupakan tertinggi yang pernah direkodkan disebabkan ‘Revenue Engineerin­g’ oleh Premier menerusi Cukai Jualan Negeri (SST).

Fatimah berkata, matlamat Abang Johari adalah sangat mendalam dan visi yang jelas tentang apa yang beliau mahukan untuk ekonomi Sarawak dan rakyatnya.

“Komitmen beliau tidak pernah berbelah bahagi untuk mencapai visinya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kelmarin, Sarawak merekodkan prestasi pendapatan mengatasi jangkaan bagi tahun kewangan 2022 yang melepasi unjuran hasil sebanyak 17 peratus iaitu daripada RM10.2 bilion pada 2021 kepada RM11.9 bilion.

Abang Johari berkata, pendapatan Sarawak itu disumbangk­an daripada empat kategori utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan geran serta pembayaran balik dari persekutua­n.

“Hasil cukai menyumbang RM6.7 bilion atau 56 peratus daripada jumlah hasil, manakala kategori lain menyumbang 44 peratus.

“Di bawah kategori hasil cukai, iaitu Cukai Jualan Negeri (SST) menyumbang 84 peratus atau RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai yang dikutip.

Produk bercukai di bawah SST, antara lain, terdiri daripada produk minyak dan gas, produk kelapa sawit dan aluminium,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia