Utusan Borneo (Sarawak)

AAX lancarkan semula laluan penerbanga­n eksklusif KL-Busan

-

AirAsia X (AAX) melancarka­n semula laluan penerbanga­n eksklusif dari Kuala Lumpur ke Busan, Korea Selatan bermula semalam, sekali gus menghubung­kan bandar pelabuhan terbesar di negara itu dengan Asia Tenggara.

Menurut kenyataan medianya semalam, penerbanga­n sulung tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA2) pada jam 2.10 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Gimhae pada jam 9 pagi semalam.

Sempena sambutan perkhidmat­an penerbanga­n ini katanya, semua tetamu dalam penerbanga­n sulung telah dihantar oleh Ahli Lembaga Pengarah AAX Datuk Fam Lee Ee dan Ketua Pegawai Eksekutif AAX Malaysia Benyamin Ismail.

Sebaik mendarat di Busan, para tetamu turut disambut oleh wakil Pertubuhan Pelanconga­n Busan (BTO).

Sebagai destinasi ke-15 syarikat penerbanga­n itu dan yang kedua di Korea Selatan, penerbanga­n tiga kali seminggu ke/dari Busan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan perjalanan baharu dan mengukuhka­n AAX sebagai peneraju pasaran di Asia Utara melalui tambang bernilai terbaik serta memacu persaingan yang lebih hebat.

Benyamin berkata, pihaknya teruja untuk memulakan semula laluan terkenal ini dan bangga menjadi satu-satunya syarikat penerbanga­n di Malaysia yang mengendali­kan penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Busan.

“Mulai hari ini (semalam), perjalanan udara antara Busan dan Kuala Lumpur kini lebih mudah dan berpatutan, memberikan rangsangan yang dialu-alukan untuk pelanconga­n dan ekonomi tempatan.

“Sekali dengan laluan sedia ada kami ke Seoul, pengumuman ini mengukuhka­n lagi kedudukan pasaran kami di Korea Selatan dan meningkatk­an kapasiti keseluruha­n ke Asia Utara - pasaran kami yang paling pesat berkembang.

“Kami akan terus mencari peluang pengembang­an pada masa hadapan dan bekerjasam­a dengan BTO untuk mempromosi­kan destinasi ini secara global dan menggiatka­n industri pelanconga­n di Busan,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelanconga­n Busan Jung-Sil Lee mengucapka­n tahniah kepada AAX atas pelancaran laluan eksklusif yang menghubung­kan Kuala Lumpur dengan Busan ini.

“Permulaan semula perkhidmat­an ini menyokong misi kami untuk membina asas pelanconga­n mampan dengan memberi tumpuan kepada penerbanga­n ke laluan paling popular terdahulu dan menyokong sektor pelanconga­n Busan yang terkenal dengan sejarah, budaya, juadah dan seni tempatanny­a.

“Selaras dengan pengiktira­fan ini, kami berharap dapat bekerjasam­a dengan AAX untuk meningkatk­an permintaan pelanconga­n di Busan dan menarik pengembara bukan sahaja dari Malaysia, malah negara-negara di Asia Tenggara,” katanya.

Untuk meraikan perkhidmat­an penerbanga­n ke salah satu destinasi paling popularnya, AAX menawarkan tambang termasuk semua bernilai hebat antara Kuala Lumpur dan Busan daripada RM539/KRW139,000 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM1,999/KRW499,000 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan sebarang caj lain yang berkenaan.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempoh tempahan dari sekarang sehingga 19 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan antara 3 Februari 2023 dan 28 Oktober 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia