Utusan Borneo (Sarawak)

Pengendali LTM harus terima secara positif maklum balas

Ambil langkah susulan untuk memastikan kemudahan yang disediakan mencapai tahap keselesaan pengguna: Ting

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) harus menerima secara positif maklum balas atau aduan yang diterima mengenai Lapangan Terbang Miri (LTM) dan mengambil langkah susulan sebagai pengendali lapangan terbang berkenaan, kata Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting.

Beliau berkata, LTM adalah kemudahan yang telah lama digunakan dan sudah pasti sentiasa memerlukan perhatian tinggi dari segi penyelengg­araan, terutamany­a apabila menyambung semula operasi selepas tempoh pandemik COVID-19.

Justeru katanya, satu lawatan ke LTM diadakan pada Rabu lalu berikutan aduan serta maklum balas yang diterima melalui media sosial berhubung keadaan ‘teruk’ beberapa kemudahan dan bangunan lapangan terbang terbabit.

“Lawatan tersebut bagi

melihat keadaan kemudahan yang disediakan dari kawasan para penumpang menuju ke balai pelepasan dan balai ketibaan, sehingga ke kawasan tempat letak kereta atau

perhentian teksi.

“Kita turut melawat bahagian untuk keselesaan para pengguna seperti tandas, laluan pejalan kaki penumpang, eskalator dan lif,” ujar ADUN

Piasau itu dalam satu kenyataan media semalam.

Atas permintaan Ting, pihak pengendali LTM akan melaksanak­an beberapa program baik pulih, antaranya kerja-kerja gantian jambatan penumpang di Bay 2 menjelang suku ketiga tahun ini dan menggantik­an karpet di kawasan berkenaan dengan jubin yang sesuai untuk suasana yang lebih baik.

“Bagi kebersihan di tandas LTM pula, pihak MAHB telah berusaha dengan baik bagi memastikan kebersihan tandas terjamin. Bagaimanap­un, isu utama di tandas adalah disebabkan oleh keadaan (lantai) tandas yang basah,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ting telah mencadangk­an pemasangan tikar lantai di tandas bagi mengurangk­an keadaan basah, selain memastikan tandas sentiasabe­rsihmemand­angkanada kalanya tandas akan kotor.

“Kerja-kerja mengecat semula siling, dinding dalaman dan kawasan bertingkat tinggi harus dilakukan dengan segera kerana ia menimbulka­n kesan terhadap keadaan keseluruha­n,” tambahnya.

Bagi menghargai pemandu teksi sebagai barisan hadapan industri perkhidmat­an, Ting turut meminta pihak pengurusan LTM memperuntu­kkan kawasan berbumbung untuk dijadikan tempat berehat pemandu.

“Bagi faktor keselamata­n pula, MAHB telah merancang program penggantia­n aset utama melibatkan apron letak pesawat dan CCTV yang siap pada tahun ini,” katanya.

Manakala bagi penyelengg­araan seperti lif dan eskalator, Ting mengingatk­an pengurusan LTM untuk memastikan program penyelengg­araan dipantau secara berterusan.

“Pada skala yang lebih besar, pelanconga­n Sarawak menjangkak­an jumlah pelancong yang tiba ke Sarawak akan mencapai kemuncak tiga juta pelancong menjelang akhir 2023.

“Ini memerlukan perhatian yang lebih mendalam daripada semua pihak berkepenti­ngan untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri Sarawak dalam menggalakk­ankecekapa­n,memanfaatk­an reputasi positif di negeri Sarawak dan seterusnya merancakka­n pembanguna­n negeri,” tambahnya.

Lawatan tersebut bagi melihat keadaan kemudahan yang disediakan dari kawasan para penumpang menuju ke balai pelepasan dan balai ketibaan, sehingga ke kawasan tempat letak kereta atau perhentian teksi.

Datuk Sebastian Ting Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

 ?? ?? PENERANGAN: Ting diberi penerangan oleh pegawai ketika mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Miri pada Rabu lalu.
PENERANGAN: Ting diberi penerangan oleh pegawai ketika mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Miri pada Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia