Utusan Borneo (Sarawak)

Penguranga­n geran sukarkan MP salur bantuan

Kerajaan Perpaduan diseru pertimbang semula, Sabah dan Sarawak masih memerlukan pembanguna­n

- Oleh Hamkar Sarbinee Ahli Parlimen Igan

KUCHING: Peruntukan geran secara langsung (OG) yang dikurangka­n untuk setiap Ahli Parlimen (MP) memberi kesan terhadap usaha yang dilaksanak­an selain menyukarka­n mereka menyalurka­n bantuan di konstituen­si masingmasi­ng.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, pemotongan peruntukan kali ini akan menyukarka­n wakil rakyat menyalurka­n dana, lebih-lebih lagi jika sesebuah kawasan Parlimen itu mempunyai dua atau lebih kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, bagi beliau sendiri, banyak bantuan sekolah disalurkan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk sekolahsek­olah mengadakan pelbagai program dan aktiviti kokurikulu­m, akademik dan keceriaan sekolah.

“Saya memberi fokus kepada sekolah kerana program kokurikulu­m harus selalu diadakan dan bukan bersifat ‘one off’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen dipotong 65 peratus peratus pada 2023.

Beliau menambah, peruntukan tersebut terlalu jauh berkuranga­n daripada peruntukan yang diberi oleh kerajaan sebelum ini.

“Sebenarnya, peruntukan OG berkenaan penting kerana ia juga banyak membantu Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), PIBG, persatuanp­ersatuan, kelab dan organisasi yang berdaftar,” katanya.

Ahmad Johnie bagaimanap­un menaruh kepercayaa­n kerajaan hari ini dapat mempertimb­angkan

Sebenarnya, peruntukan OG berkenaan penting kerana ia juga banyak membantu Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), PIBG, persatuan-persatuan, kelab dan organisasi yang berdaftar.

Ahmad Johnie Zawawi

keputusan pemotongan peruntukan berkenaan.

“Saya percaya Kerajaan Perpaduan akan mengambil maklum akan isu ini dan sudi untuk menambah peruntukan lagi demi kebaikan rakyat dan saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyalurka­n dana projek kecil luar bandar (MRP) selepas pembentang­an Belanjawan (2023) pada 24 Februari nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahka­n terdapat penguranga­n elaun pembanguna­n Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Anwar berkata penguranga­n elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen turut

berharap agar keputusan pemotongan itu dapat dipertimba­ngkan untuk kebaikan rakyat.

“Semua MP berhadapan situasi seperti ini iaitu peruntukan dana dikurangka­n.

“Pemotongan dana ini bakal menjejaska­n dan memberi kesan kepada apaapa program dan inisiatif yang hendak dilakukan di kawasan masing-masing,” katanya.

Oleh sebab itu katanya, beliau berharap kepimpinan Kerajaan Perpaduan melihat dan menilai semula keputusan ini kerana menerusi peruntukan ini, ia banyak membantu memperkasa­kan komuniti di negara ini.

“Sehubungan itu, kita berharap keputusan ini dipertimba­ngkan kerana Sabah dan Sarawak khasnya masih memerlukan pembanguna­n,” katanya.

 ?? ?? AHMAD JOHNIE
AHMAD JOHNIE
 ?? ?? DR KELVIN YII
DR KELVIN YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia