Utusan Borneo (Sarawak)

JKPA mampu laksana hasrat KPT jadikan Malaysia hab bakat dan pengetahua­n

-

Jawatankua­sa Pengarah Antarabang­sa Universiti Awam Malaysia (JKPA) mampu menyokong dan melaksanak­an hasrat yang telah digariskan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memacu kecemerlan­gan agenda pendidikan tinggi negara.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, beliau yakin JKPA di bawah teraju pengerusi baharu, Dr. Hajah Zainab Haji Mohd Noor mampu menggerakk­an usaha dalam menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahua­n serantau.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah dan selamat menjalanka­n amanah sebagai Pengerusi JKPA bagi tempoh 2023 hingga 2025 kepada Dr. Hajah Zainab.

“Semoga di bawah teraju Dr. Hajah Zainab, JKPA akan terus menyumbang dalam memperkuku­h dan mengantara­bangsa sumber intelektua­l sebagaiman­a hasrat KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis Meet & Greet sempena Mesyuarat JKPA Universiti Awam Malaysia Kali Ke-27 yang berlangsun­g di Dewan Bankuasi, Bangunan Dewan Canselor UMS.

Kasim juga berharap agar JKPA akan terus memperkuku­h peranan Malaysia sebagai ‘titik temu’ yang menarik kedatangan pelajar, penyelidik dan bakat global.

“Malaysia dengan kepelbagai­an flora dan fauna dan yang paling utama kepelbagai­an etnik dan budaya merupakan lokasi yang mampu menyediaka­n pengalaman pembelajar­an yang fleksibel,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada mantan Pengerusi JKPA sesi 2021/2023, Profesor Dr. Yong Zulina Zubairi yang kini dilantik sebagai Pendaftar Universiti Malaya (UM) yang baharu serta menyempurn­akan sesi pertukaran cenderamat­a bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) selaku pengerusi mesyuarat.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Profesor Dr. Rasid Mail; Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail; Ketua Pustakawan UMS, Md SazaliMdSa­lleh;danPengara­h Pusat Pengantara­bangsaan dan Penglibata­n Global UMS, Prof. Madya Dr Wardatul Akmam Din.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia