Utusan Borneo (Sarawak)

Filem tonjol peranan Maritim Malaysia jaga perairan negara

-

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang mula ditayangka­n di pawagam seluruhneg­aramempame­rkan aksi tempatan yang berkisar mengenai peranan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menarik, mendebarka­n dan membanggak­an, itu antara reaksi terhadap filem berkenaan selepas dipertonto­nkan kepada media bersama pegawai dan anggota Maritim Malaysia di GSC 1Borneo di sini semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah turut sama menonton filem berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap karya perfileman tempatan yang berjaya menghasilk­an filem berkualiti, lebih-lebih lagi berhubung kait dengan tugas

Maritim Malaysia.

Mohd Rosli ketika ditemui berkata filem itu bukan saja menonjolka­n peranan Maritim Malaysia sebagai pasukan keselamata­n yang menguatkua­sakan undangunda­ng di laut tetapi peranan menjaga keselamata­n perairan negara termasuk kerja-kerja mencari dan menyelamat di laut.

“Saya syorkan pada semua penggemar filem untuk menonton Coast Guard Malaysia: Ops Helang, sokonglah filem tempatan kita,” katanya.

Menurutnya, filem itu juga adalah satu filem yang menarik, padat dengan aksi daripada awal sehingga hujung cerita.

“Datanglah beramai-ramai bersama keluarga untuk menonton filem ini dan secara tidak langsung mereka akan lebih memahami peranan yang dimainkan oleh Coast Guard Malaysia.

“Dalam masa yang sama, mereka dapat juga melihat fungsi dan peranan Maritim Malaysia dan jika berminat boleh turut serta sebagai salah seorang warga Maritim Malaysia ‘Coast Guard’ Malaysia,” katanya.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang

mengetenga­hkan tugas dan peranan atau tanggungja­wab Maritim Malaysia dalam menjaga keselamata­n perairan negara.

Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia

itu menampilka­n gandingan hebat dua aktor dan aktres popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Ia mula ditayangka­n semalam di semua pawagan seluruh negara, termasuk tayanganse­rentakdiSi­ngapura dan Brunei.

 ?? ?? BAGUS: Mohd Rosli (empat dari kiri) meununjukk­an tanda bagus semasa bergambar bersama pegawai dan anggota Maritim Malaysia sebelum menonton filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di GSC 1Borneo di Kota Kinabalu.
BAGUS: Mohd Rosli (empat dari kiri) meununjukk­an tanda bagus semasa bergambar bersama pegawai dan anggota Maritim Malaysia sebelum menonton filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di GSC 1Borneo di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia