Utusan Borneo (Sarawak)

Projek jalan hubungkan Jalan Ulu Sg Merah dan Jalan Oya diluluskan

-

SIBU: Projek jalan sepanjang 7.8 kilometer yang menghubung­kan Jalan Ulu Sungai Merah dan Jalan Oya di sini telah diluluskan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee berkata, projek itu akan dimulakan tahun depan.

“Tahun ini, 2023, projek pembinaan akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja melebarkan jalan.

“Saya telah pun mengemukak­an jalan baharu yang menghubung­kan Jalan Ulu Sungai Merah dan Jalan Oya dan itu diluluskan.

“Projek jalan sepanjang 7.8 kilometer ini akan dimulakan tahun depan,” katanya pada Majlis Kecemerlan­gan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sibu, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palawan itu berkata, cadangan untuk membina tangki air aras tinggi di Ulu Sungai Merah juga telah diluluskan.

“Saya telah menerima banyak aduan tentang tekanan air yang sangat teruk. Memandangk­an Ulu Sungai Merah mempunyai

banyak rumah, mungkin ini menyebabka­n tekanan air rendah.

“Dengan tangki air aras tinggi ini, saya percaya ia akan memudahkan kehidupan penduduk Ulu Sungai Merah,” jelasnya.

Dalam ucapannya, Tiang berkata sekolah menengah memperkena­lkan pelajar kepada mata pelajaran yang lebih maju dan khusus.

“Sekolah menengah juga merupakan tempat untuk pelajar mengembang­kan kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi yang diperlukan apabila mereka memasuki pengajian tinggi dan akhirnya ke alam pekerjaan.

“Sebab itu, amat penting bagi pelajar untuk meneroka minat dan bakat mereka sendiri di sini,” katanya.

Beliau menegaskan, Sarawak

memerlukan lebih ramai anak muda yang mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran untuk mencapai impian menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Pada masa itu, saya percaya akan ada lebih banyak peluang untuk golongan muda bukan sahaja dalam pendidikan tetapi juga dalam pelbagai bidang yang mereka ingin ceburi,” tambahnya.

 ?? ?? RASMI: Tiang (lima kiri) melakukan simbolik perasmian Majlis Kecemerlan­gan SMK Bandar Sibu semalam.
RASMI: Tiang (lima kiri) melakukan simbolik perasmian Majlis Kecemerlan­gan SMK Bandar Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia