Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g harus berlaku adil, terima pelantikan Nurul Izzah: Ling

-

Pembangkan­g seharusnya berlaku adil dengan menerima pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling berkata, pelantikan itu harus dilihat sebagai satu perkhidmat­an dan teladan yang baik kerana Nurul mahu mencurah bakti dan pengetahua­n membantu pentadbira­n negara.

“Kita kena berlaku adil kepada anak kepada seorang Perdana Menteri. Sekiranya anak Perdana Menteri berkaliber, berkeupaya­an, berpendidi­kan, berpengala­man dan pernah menjadi Ahli Parlimen beberapa penggal, saya rasa kita tidak harus melucutkan peluang dia untuk berkhidmat kepada negara,” jelas Ling semalam.

Menurut Ling, pembangkan­g seperti bankrap idea kerana menggesa Perdana Menteri menarik balik pelantikan Nurul Izzah.

Mereka harus memainkan peranan mereka sebagai pembangkan­g yang konstrukti­f.

“Dia berkecimpu­ng dalam politik sejak dari usia muda. Dan sekarang ini membekalka­n perkhidmat­an kepada negara tanpa menerima sebarang elaun. Itu harus dipuji.

“Kita tidak boleh, oleh kerana dia anak Perdana Menteri dan oleh sebab itu dia tidak boleh berkehadap­an dan melakukan benda lain.

“Dia bukan seorang yang tidak dikenali dalam arena politik. Saya rasa kita harus berlaku adil terhadap Nurul Izzah dan adil terhadap Perdana Menteri kita.

“Sudah cukup jelas tawaran tersebut tidak mempunyai sebarang upah dan bayaran,” jelasnya.

Ling meminta pembangkan­g untuk fokus kepada tuduhan dan siasatan ke atas mereka yang antaranya kes politik wang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Beliau berharap pembangkan­g berhenti memainkan isu tersebut dan bertindak dengan lebih profesiona­l.

Dalam pada itu, pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat berdasarka­n kelayakann­ya.

Anwar dipetik sebagai berkata, ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejurutera­an dan ijazah kedua dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat sekali gus dilantik bagi membantuny­a di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementeria­n Kewangan (MOF).

Bagaimanap­un, beliau berkata, Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun atas pelantikan­nya itu.

 ?? ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia