Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Tanjung Batu bantu gelandanga­n di Bintulu

-

Atas keprihatin­an terhadap nasib rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang bertindak membantu gelandanga­n yang kerap berkeliara­n serta menimbulka­n rasa tidak selamat dalam kalangan orang awam di sini, kelmarin.

Menurutnya, gelandanga­n terbabit dilaporkan sedang duduk di pintu masuk sebuah premis yang mana pemilik premis menyuruhny­a pergi ke kawasan lain, namun tidak diendahkan.

“Bimbang akan keselamata­n dirinya dan orang awam, maka pemilik premis bertindak meminta bantuan Johnny yang mana melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA),” ujarnya.

Atas dasar prihatin katanya, gelandanga­n itu turut dibelikan tiket bas dan

akhirnya dihantar pulang ke kampung halamannya di Song.

Menurutnya, pemilik premis melaporkan gelandanga­n itu sering dilihat merayau-rayau di sekitar

laluan pejalan kaki malah tidur terus di hadapan kedai, menyebabka­n orang ramai berasa tidak selesa dan kurang selamat.

Pemilik premis ujarnya, berharap agar gelandanga­n itu dapat ditempatka­n di tempat yang sesuai, supaya dia tidak menghalang laluan pejalan kaki dan menjejaska­n perniagaan kedai.

Menurutnya, satu lagi kes melibatkan dua gelandanga­n yang sering berkeliara­n bersebelah­an salun kecantikan, membuatkan pemiliknya berasa ketakutan lalu memutuskan untuk mendapatka­n bantuan daripada beliau.

Johnny menegaskan beliau akan membuat tindakan susulan dengan Pejabat Residen, BDA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai isu gelandanga­n di Bintulu dalam masa terdekat.

“Adalah diharapkan agar pihak berkaitan akan menemui penyelesai­an jangka masa pendek dan panjang bagi mengatasi masalah gelandanga­n di Bintulu,” jelas beliau.

 ?? ?? PRIHATIN: Ahli Pusat Khidmat SUPP Tanjung Batu semasa menemui gelandanga­n terbabit untuk memberi bantuan kepadanya.
PRIHATIN: Ahli Pusat Khidmat SUPP Tanjung Batu semasa menemui gelandanga­n terbabit untuk memberi bantuan kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia