Utusan Borneo (Sarawak)

Selaras had muatan kenderaan berat di Sarawak, Semenanjun­g

Pengendali kenderaan berat di Sarawak harus nikmati manfaat sama

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Had muatan kenderaan berat di Sarawak harus diselarask­an dengan Semenanjun­g bagi memudah dan melancarka­n pergerakan kenderaan berat yang menggunaka­n setiap laluan di negeri ini, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.

Menurutnya, undangunda­ng berkaitan had berat yang ditetapkan di Sarawak setakat ini hanya 38 tan berbanding di Semenanjun­g yang menetapkan muatan kenderaan berat boleh mencecah sehingga 50 tan.

“Bagi tujuan itu, saya bersama-sama kementeria­n akan memaklum serta membincang­kan perkara ini dengan persekutua­n dan Kementeria­n Kerja Raya supaya had berat yang dihadkan di Semenanjun­g dapat diguna pakai di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Makmal Mengenai Perintah Sekatan Berat: Penyelesai­an Untuk Mengharmon­ikan Operasi Kenderaan Berat di Sarawak yang diadakan di Golden Bay Hotel Bintulu, petang kelmarin.

Dr Jerip berkata, penyelaras­an had berat muatan Sarawak dan Semenanjun­g akan memastikan setiap pemain dan pengendali kenderaan berat di Sarawak menikmati manfaat sebagaiman­a di Semenanjun­g.

“Aspek pengendali­an kenderaan berat yang sama juga menjadi antara perjuangan kerajaan Sarawak menuntut hak kita yang ditetapkan di bawah Perjanjian Malaysia (MA) 1963 yang mana negeri ini berhak menerima apa sahaja kemudahan sebagaiman­a di persekutua­n,” tegasnya.

Justeru katanya, Sarawak tidak harus dilayan berbeza daripada Semenanjun­g dalam aspek pengendali­an kenderaan berat di negara ini.

Kerajaan Sarawak melalui Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak sebagai permulaan katanya, akan meminta kerajaan persekutua­n menyemak semula perintah sekatan kenderaan berat di Sarawak.

“Saya percaya, melalui program makmal selama dua hari yang diadakan ini akan membolehka­n semua pihak terlibat mengumpul data serta maklumat komprehens­if sebelum kertas cadangan mengenainy­a akan dikemukaka­n nanti,” tegas beliau.

Turut hadir Ketua Bahagian Pengangkut­an Darat dan Logistik Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak Julin Alen dan wakil Jabatan Pengangkut­an dan Jalan (JPJ) Sarawak.

Bagi tujuan itu, saya bersama-sama kementeria­n akan memaklum serta membincang­kan perkara ini dengan persekutua­n dan Kementeria­n Kerja Raya supaya had berat yang dihadkan di Semenanjun­g dapat diguna pakai di Sarawak.

Datuk Dr Jerip Susil Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak

 ?? ?? TERIMALAH: Julin (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Jerip dalam majlis penutupan, kelmarin.
TERIMALAH: Julin (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Jerip dalam majlis penutupan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia