Utusan Borneo (Sarawak)

150 penduduk RKT Kesedar Renok Baru hadapi masalah air bersih

-

Seramai 150 penduduk Desa Seri Mutiara dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, di sini, terpaksa menadah air hujan selain menggunaka­n air bukit yang ditandak berikutan tidak dapat menikmati bekalan air bersih sejak dua tahun lepas.

Penduduk mendakwa meskipun dipasang meter dan dilengkapi sistem perpaipan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), namun mereka tetap perlu membayar bil air berkenaan walaupun tidak menggunaka­n air bersih daripada syarikat berkenaan.

Penduduk Mohd Noor Fazley Hussein, 32, berkata mereka bukan sahaja dikenakan caj oleh AKSB malah turut membuat bayaran tabung setiap bulan kepada bendahari di kampung tersebut bagi tujuan penyelengg­araan air tandak.

“Sebelum ini kami dapat menggunaka­n air bersih daripada AKSB tetapi sejak dua tahun lalu air paip mula tiada dan kami terpaksa menggunaka­n air tandak.

“Malah, kami juga terpaksa berjalan sejauh empat kilometer (km) untuk ke kawasan sungai sekiranya paip air tandak terbabit tersumbat atau mengalami kebocoran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Desa Seri Mutiara, RKT Renok Baru,

di sini semalam.

Bagi Rahmah Abdul Rahman, 68, pula berkata keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan berlaku kerana air tandak menjadi keruh dan ada kalanya paip air tandak tersumbat dengan lumpur.

“Berasa sangat sedih apabila anak-anak yang pulang ke kampung terpaksa bawa semula pakaian kotor mereka untuk dibasuh di rumah mereka kerana air di sini keruh dan terpaksa menunggu air tandak kembali jernih

untuk dicuci,” katanya.

Sementara itu, AKSB menerusi kenyataann­ya semalam memaklumka­n siasatan yang dijalankan mendapati beberapa punca berlaku seperti kedudukan kawasan yang hujung dengan paip agihan, terdapat pihak tidak bertanggun­gjawab mengusik, mengganggu atau mengubah kawalan injap di beberapa kawasan sehingga air tidak mengalir ke kawasan berbukit termasuk rumah pengadu.

“Selain itu, kekurangan bekalan dan tekanan air serta keadaan muka bumi yang berbukit dan jalan kampung menyebabka­n penghantar­an air melalui lori tangki tidak dapat dilakukan.

“Oleh itu, tindakan segera telah diambil seperti membetulka­n semula kedudukan injap yang diganggu bagi memastikan keadaan injap dan saliran air kembali kepada keadaan yang sepatutnya,” menurut kenyataan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOTORAN MENDAP: Rahmah menyimpan air tandak bukit di dalam bekas air untuk membolehka­n kotoran termendap ke bawah sebelum menggunaka­nnya ketika ditemui pemberita di Desa Seri Mutiara, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di Gua Musang, semalam.
— Gambar Bernama KOTORAN MENDAP: Rahmah menyimpan air tandak bukit di dalam bekas air untuk membolehka­n kotoran termendap ke bawah sebelum menggunaka­nnya ketika ditemui pemberita di Desa Seri Mutiara, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di Gua Musang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia