Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Zaliha diberi penghormat­an pengerusik­an mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO

-

Dr Zaliha Mustafa menjadi Menteri Kesihatan Malaysia yang pertama diberi penghormat­an mempengeru­sikan mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesi ke-152 di Geneva, Switzerlan­d.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kali pertama berlaku dalam sejarah kesihatan negara, dan sepanjang 10 tahun penglibata­nnya bersama WHO.

Beliau berkata Dr Zaliha diberi penghormat­an mempengeru­sikan mesyuarat itu selepas dilantik sebagai naib pengerusi Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat 2023-2024.

“Dr Zaliha Mustafa mempengeru­sikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO sesi ke-152 pada sesi poliomyeli­tis eradicatio­n, polio transition planning, dan polio postcertif­ication,” katanya dalam catatan di laman Twitternya.

“Ini merupakan antara pencapaian utama beliau yang sedang dalam lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak dilantik sebagai Menteri

Kesihatan,” tambahnya.

Dr Zaliha bersama delegasi menghadiri mesyuarat itu di Geneva, Switzerlan­d bermula Isnin lepas sehingga Selasa depan, dan selain beliau serta Dr Noor Hisham, turut bersama dalam sesi lawatan rasmi itu ialah pegawai-pegawai daripada Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Mesyuarat Lembaga Eksekutif

WHO merupakan mesyuarat berkala dihadiri menteri-menteri kesihatan, ketua-ketua pengarah dah pakar dalam bidang kesihatan.

Ia merupakan platform bagi membincang­kan komitmen, dasar, status pelaksanaa­an program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetuj­ui secara konsensus di bawah WHO. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia