Utusan Borneo (Sarawak)

Mydin komited perluas Menu Rahmah ke seluruh negara

Meskipun kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi pihaknya nekad tawar menu makanan di bawah RM5

-

KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) komited memperluas­kan Program Menu Rahmah ke semua cawanganny­a di seluruh negara.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata meskipun harga kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding di semenanjun­g, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara.

“Seperti yang kita maklum kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih mahal. Contohnya di Mydin Sandakan, harga bagi satu kilogram (kg) ayam mentah RM12 berbanding di semenanjun­g yang harganya RM9.40.

“Kita (Mydin) berjanji

Pengarah Urusan Mydin akan buat Menu Rahmah hari ini (semalam) atau esok (hari ini) di Sandakan dan dua cawangan (Mydin) di Kuching, supaya pengguna di Sabah dan Sarawak tidak ketinggala­n Menu Rahmah yang berharga RM4.90 itu,” katanya dalam Program Temu Bual Eksklusif yang bertajuk ‘Inisiatif Menu Rahmah’ di Bernama

Radio semalam.

Selasa lepas, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarka­n inisiatif Menu Rahmah yang meliputi makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara.

Sementara itu Ameer Ali berkata seiring dengan program berkenaan, pihaknya turut menawarkan menu sarapan pagi dengan 10 variasi makanan dengan harga serendah RM2.50.

“Kita (Mydin) sekarang turut memperkena­lkan menu sarapan pagi, pelanggan boleh memilih 10 variasi hidangan dengan harga RM2.50, malah kami turut mengekalka­n rempah ratus yang digunakan supaya rasanya tetap sama, dan kita kena adil,” katanya.

Sementara itu, beliau berpandang­an bahawa program berkenaan sesuai untuk dilaksanak­an oleh peniaga gerai kecil memandangk­an mereka mempunyai kos ‘overhead’ yang lebih rendah berbanding peniaga restoran.

“Sebagai contoh, Restoran

India Muslim perlu membayar sewa sebanyak RM20,000, tetapi bagi peniaga gerai kecil mungkin hanya perlu bayar lesen atau sewa kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya dalam RM100 hingga RM200.

“Mengikut pengiraan, kos ayam mentah bagi satu kg bernilai RM9.40, jika dibahagika­n kepada lapan bahagian akan menjadi RM2.25, nasi RM0.50, sayur RM0.50 dan teh O ais RM0.50 jadi semua sekali lebih kurang RM4. Kita jual dengan harga RM5, kita akan dapat untung 20 peratus,” katanya.

Selain itu, Ameer berkata pelaksanaa­n Menu Rahmah itu mampu memberi manfaat pemasaran di sesebuah syarikat di samping membantu meringanka­n beban rakyat. — Bernama

“Kita (Mydin) berjanji akan buat Menu Rahmah hari ini (semalam) atau esok (hari ini) di Sandakan dan dua cawangan (Mydin) di Kuching, supaya pengguna di Sabah dan Sarawak tidak ketinggala­n Menu Rahmah yang berharga RM4.90 itu.

Datuk Ameer Ali Mydin

 ?? — Gambar Bernama ?? JUADAH MAKANAN: Mohd Hafizuddin menyusun juadah makanan yang telah siap dibungkus untuk pelanggan ketika tinjauan mengenai inisiatif Menu Rahmah di pasar raya Mydin dekat Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.
— Gambar Bernama JUADAH MAKANAN: Mohd Hafizuddin menyusun juadah makanan yang telah siap dibungkus untuk pelanggan ketika tinjauan mengenai inisiatif Menu Rahmah di pasar raya Mydin dekat Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia