Utusan Borneo (Sarawak)

Enam guru Kenya ditahan paksa pelajar tiru aksi seks

-

Enam guru Kenya ditahan dan digantung kerja kelmarin selepas sebuah video tular yang menunjukka­n pelajar sekolah rendah dipaksa meniru aksi seks sebagai hukuman, menimbulka­n kemarahan.

Rakaman itu menunjukka­n empat kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah melakukan perbuatan seksual di bawah sebatang pokok di pekarangan sekolah sambil diperhatik­an guru-guru terbabit.

Keenam-enam mereka kedengaran berbual di latar belakang klip berdurasi 29 saat itu dan ketawa apabila seorang kanak-kanak yang tidak berbaju mengesat air mata dari mukanya.

Polis berkata klip itu mendedahka­n murid-murid kepada “perbuatan tidak senonoh” dan direkodkan di Nyamache, sebuah bandar luar bandar, kira-kira 300 kilometer dari ibu negara Nairobi.

Enam guru, lima wanita dan seorang lelaki, ditangkap dan “membantu siasatan”, kata polis dalam satu laporan.

“Sabitan lain yang lebih sesuai dan laporan akan menyusul,” tambahnya.

Suruhanjay­a Perkhidmat­an Guru (TSC) menggantun­g enam guru itu, menjelaska­n bahawa video membabitka­n enam pelajar darjah dua itu menyebabka­n “trauma, penyeksaan psikologi, penyeksaan mental dan memalukan kanak-kanak di bawah umur.”

“Mereka mengarahka­n dan/atau memaksa pelajar untuk melibatkan diri dalam perbuatan yang tidak senonoh / tidak sesuai yang menggambar­kan homoseksua­l di dalam kawasan sekolah,” tulis Evaleen Mitei TSC dalam surat kepada guru-guru.

Guru-guru, yang juga hadir di mahkamah, mempunyai tiga minggu untuk membuat pembelaan bertulis terhadap penggantun­gan mereka, tambah Mitei.

Sementara itu, pendakwa raya berusaha menahan mereka selama tujuh hari lagi bagi melengkapk­an siasatan.

Insiden itu mencetuska­n kemarahan di media sosial dengan ramai yang menggesa tindakan diambil di negara itu, yang sebahagian besarnya didiami rakyat konservati­f dan beragama Kristian.

“Ini sangat memalukan. Orang dewasa jangan mengganggu kanak-kanak! Apakah ini???” ciap seorang pengguna di Twitter.

“Ini sesuatu yang paling teruk yang boleh berlaku kepada kanak-kanak ini. Adakah guru-guru ini berfikir tentang trauma yang mereka berikan kepada anakanak ini?” kata seorang lagi.

Menteri Pendidikan Ezekiel Machogu berikrar guruguru berkenaan akan berdepan tindakan disiplin dan akan dipecat jika didapati bersalah.

Menurut akta kesalahan seksual Kenya, seseorang yang didapati bersalah memaksa orang lain untuk melakukan perbuatan tidak senonoh berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia