Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Perancis temui mayat dalam kes remaja hilang

-

Polis Perancis yang menyiasat kehilangan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun telah menemui satu mayat kelmarin selepas suspek utama mengaku membunuhny­a dalam pertengkar­an kekasih, kata pendakwa raya.

Lelaki berusia 39 tahun itu membawa polis ke sebuah tapak di hutan berhampira­n bandar selatan La GrandCombe di mana gadis itu tinggal, selepas mengaku melakukan jenayah itu pada petang Rabu, kata pendakwa raya, Cecile Gensac.

“Dia berkata dia telah membunuh wanita muda itu semasa pergaduhan yang berkaitan dengan hubungan romantis mereka,” katanya.

Penyiasat mendapati mayat seorang remaja perempuan yang sepadan dalam semua aspek dengan keterangan orang hilang, walaupun pemeriksaa­n forensik masih diperlukan untuk mengesahka­n identitiny­a, katanya.

Sumber yang rapat dengan siasatan berkata mayat itu mempunyai kesan “pembunuhan ganas”.

Sihem, hilang selepas meninggalk­an rumahnya di La Grand-Combe pada lewat malam pada 25 Januari, mungkin untuk bertemu dengan seseorang yang dia kenal, kata majistret penyiasat sebelum ini.

Polis mengerahka­n helikopter dan anjing pengesan untuk cuba mencarinya namun tidak berjaya.

Pada Selasa, polis menahan kedua-dua suspek, seorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan sebelum ini termasuk mencuri dengan senjata, dan bekas teman wanitanya, yang merupakan sepupu kepada remaja perempuan yang hilang itu.

Sepupunya telah dibebaskan.

“Suspek memutuskan untuk memikul tanggungja­wab beratnya dalam kehilangan Sihem dan menamatkan kesengsara­an yang tidak terhingga yang dialami keluarga mangsa dengan membimbing penyiasat,” kata peguamnya, Jean-Marc Darrigade.

Di Perancis, orang ramai kian bimbang mengenai jumlah wanita yang dibunuh setiap tahun.

Seramai 122 wanita di Perancis dibunuh oleh pasangan atau bekas pasangan pada 2021, berbanding 102 pada tahun sebelumnya, kata Kementeria­n Dalam Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia