Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh mafia Itali dicekup di Perancis selepas 16 tahun: Interpol

-

Seorang pembunuh Itali yang disabitkan bersalah, dipercayai ahli salah sebuah pertubuhan mafia paling berpengaru­h di negara itu, telah ditangkap di Perancis kelmarin selepas 16 tahun melarikan diri, kata Interpol.

Edgardo Greco, 63, disyaki menganggot­ai ‘Ndrangheta, sebuah pertubuhan mafia yang berkuasa di Calabria, selatan Itali.

Interpol berkata dia ditangkap di bandar Saint-Etienne, Perancis, di mana dia pernah membuka sebuah restoran Itali di bawah nama samaran, menurut pendakwa raya Perancis.

Dia dikehendak­i di Itali dan perlu menjalani hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan Stefano dan Giuseppe Bartolomeo, kata Interpol.

Dia juga dituduh atas cubaan membunuh Emiliano

Mosciaro “sebagai sebahagian daripada perang mafia antara kumpulan Pino Sena dan Perna Pranno yang menggegark­an awal 1990an”.

Adik beradik Bartolomeo telah dipukul hingga mati dengan palang besi di sebuah gudang ikan, kata polis Itali.

Di Saint-Etienne pada Jun 2021, Greco menjadi pemilik restoran Itali bernama Caffe Rossini Ristorante, membukanya sehingga November 2021.

Dia menggunaka­n nama Paolo Dimitrio dan juga bekerja di restoran Itali lain di bandar itu.

Akaun Facebook Caffe Rossini Ristorante, yang kini nampaknya telah ditutup, menunjukka­n akhbar tempatan membuat liputan pembukaann­ya pada 2021.

“Paolo Dimitrio membuka restoran impiannya,” kata tajuk utama akhbar tempatan, Le Progres.

Greco juga bekerja pada waktu malam di sebuah restoran piza di bawah nama samara itu, menurut media Itali.

Selepas penahanann­ya pada awal pagi, dia hadir di hadapan majistret penyiasat Lyon yang memberitah­unya tentang waran tangkap Itali.

Dia kemudianny­a diletakkan dalam tahanan.

Penangkapa­n Greco dilaksanak­an dengan bantuan untuk Itali dan Perancis daripada “Kerjasama menentang ‘Projek Ndrangheta” (ICAN) yang dikendalik­an oleh Interpol, yang memudahkan kerjasama polis antara 195 negara anggotanya.

Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Piantedosi, dipetik bercakap dalam kenyataan Interpol, berkata penahanan itu menunjukka­n komitmen negaranya untuk “membantera­s semua bentuk jenayah terancang dan mengesan pelarian berbahaya”.

‘Ndrangheta dianggap kumpulan mafia paling besar dan berkuasa di Itali, kata Interpol, beroperasi di seluruh dunia dan mempunyai hubungan kukuh dengan perdaganga­n kokain sehingga Eropah dari Amerika Selatan.

I-CAN bertugas untuk membantu meningkatk­an kesedaran tentang ‘Ndrangheta dan modus operandi mereka, berkongsi maklumat polis untuk merungkai rangkaian dan operasi mereka, kata agensi itu.

Penahanan Greco berlaku seminggu selepas polis Itali berkata ia telah menumpaska­n kumpulan mafia ‘Ndrangheta yang menguasai sebahagian besar kawasan di selatan Calabria dan merampas aset melebihi 250 juta euro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia