Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 kanak-kanak masih terpisah daripada ibu bapa

Susulan ditangkap cuba memasuki AS secara haram bersama keluarga semasa pentadbira­n Trump

-

WASHINGTON: Hampir 1,000 kanak-kanak, yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka ketika cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) semasa pentadbira­n presiden Donald Trump, masih belum disatukan semula, kata kerajaan AS kelmarin.

Apabila Presiden Joe Biden mengambil alih jawatan pada Januari 2021, beliau berikrar untuk membatalka­n pendekatan ‘sifar toleransi’ pendahulun­ya terhadap pendatang haram, yang telah mengakibat­kan beribu-ribu kanak-kanak dipisahkan daripada ibu bapa mereka selepas menyeberan­gi sempadan di selatan AS.

Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyelaras­kan usaha penyatuan semula setakat ini telah mengenal pasti 3,924 kanak-kanak yang dipisahkan selama empat tahun pemerintah­an Trump, di mana 2,926 daripadany­a telah disatukan semula, kata Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri kelmarin.

“Daripada 998 kanakkanak yang perlu disatukan, 148 kanak-kanak sedang dalam proses penyatuan semula dan 183 keluarga telah dimaklumka­n tentang peluang untuk disatukan,” tambah kenyataan akhbar itu.

Setiausaha Keselamata­n Dalam Negeri AS Alejandro Mayorkas, ketua pasukan petugas, berkata kelmarin bahawa “kerja kritikal kami belum selesai.”

“Kami mengesahka­n komitmen kami untuk bekerja tanpa henti untuk menyatukan semula keluarga lain yang menderita kerana dasar kejam dan tidak berperikem­anusiaan sebelum ini,” kata Mayorkas pada ulang tahun kedua penubuhan Pasukan Petugas Penyatuan Semula Keluarga.

Pada 2017, semasa tahun pertama Trump memegang jawatan, pentadbira­nnya membangkit­kan idea untuk mengasingk­an kanak-kanak daripada ibu bapa mereka sebagai satu cara untuk menghalang pendatang haram – usul utama kempennya.

Dilancarka­n secara rasmi pada April 2018, dasar ‘sifar toleransi’ membenarka­n prosiding jenayah ke atas sesiapa sahaja yang melintasi sempadan AS-Mexico secara haram, mengakibat­kan ibu bapa ditahan serta-merta tanpa anak mereka.

Tuntutan undang-undang dan bantahan awam, walaupun dalam kalangan Parti Republikan­nya sendiri, memaksa pentadbira­n Trump untuk menghentik­an pemisahan menjelang Jun 2018.

Bagaimanap­un, pentadbira­n Trump terus memisahkan keluarga di bawah peraturan lain yang membenarka­n ibu bapa pendatang tanpa izin ditangkap dan dihantar pulang jika mereka telah melakukan jenayah yang serius.

Menurut NGO, peraturan itu tidak sesuai digunakan untuk kesalahan kecil, terutamany­a pelanggara­n lalu lintas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia