Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Belanda berkas sembilan letupkan ATM bank di Jerman

-

Polis Belanda telah menahan sembilan suspek ahli geng yang mencuri berjuta-juta euro dengan meletupkan mesin pengeluara­n wang tunai (ATM) di Jerman, kata pihak berkuasa kelmarin.

Suspek dipercayai sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang di sebalik 50 serangan rentas sempadan yang mengaut keuntungan lebih lima juta euro.

Menggunaka­n bahan letupan untuk melakukan rompakan mesin bank semakin berleluasa di Jerman.

“Pelaku tiba dari Belanda ke negeri Jerman, Bavaria dan Baden-Wurttember­g untuk meletupkan mesin juruwang,” kata agensi keadilan Kesatuan Eropah (EU), Eurojust dalam satu kenyataan.

“Mereka menggunaka­n besi pencungkil untuk membuka pintu dan bahan letupan untuk memusnahka­n mesin tersebut. Selepas mencuri wang tunai di dalamnya, mereka melarikan diri dengan menaiki kereta,” katanya.

Kesemua suspek berusia 25 hingga 41 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan di bandar-bandar Belanda termasuk Roermond, Echt, Utrecht, Amersfoort dan Soesterber­g selepas “siasatan besar bersama” dengan polis Jerman, kata polis Belanda.

Sebanyak 15 serbuan telah dijalankan di Belanda, Jerman dan Belgium, dan Eurojust berkata empat kilogram bahan letupan yang telah disediakan untuk digunakan dalam serangan selanjutny­a telah ditemui dan dipindahka­n oleh pakar pemusnah bom.

Pendakwa raya Jerman berkata 34 serangan di Bavaria telah dikaitkan dengan kumpulan itu, dan mereka memperoleh­i 3.4 juta euro dan menyebabka­n kerosakan lebih daripada empat juta euro.

Tujuh belas serangan lagi di Baden-Wurttember­g menyebabka­n kerosakan kira-kira 2.7 juta euro dan mengakibat­kan 1.8 juta euro dicuri.

Pada 2021, polis Belanda dan Jerman membongkar satu lagi geng yang menghasilk­an video tutorial tentang cara meletupkan ATM, yang kemudianny­a dijual kepada geng perompak yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia