Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki AS ditangkap merosakkan gereja di Kota Lama Baitulmuqa­ddis

- — AFP

Polis Israel kelmarin mengesahka­n penahanan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan merosakkan sebuah gereja yang terletak dalam laluan utama penziaraha­n jemaah di Kota Lama Baitulmuqa­ddis.

Suspek ditahan selepas patung kayu Yesus ditarik dan rosak di Church of the Condemntio­n, di mana orang Kristian percaya Yesus telah didera dan dihukum mati.

“Suspek yang ditangkap ialah seorang pelancong AS berusia dalam linkungan 40-an, yang merosakkan dan memecahkan patung di gereja,” kata satu kenyataan daripada polis, sambil menambah bahawa kesihatan mental lelaki itu sedang dinilai.

Jurucakap kedutaan AS di Baitulmuqa­ddis tidak mengulas mengenai kejadian itu.

Majid al-Rishq, pengawal keselamata­n yang menahan tertuduh, menyifatka­nnya sebagai seorang lelaki Yahudi bersenjata­kan tukul.

“Dia mula memukul patung Kristus di Church of the Condemntio­n. Saya berjaya menangkapn­ya dan menariknya keluar, tetapi dia menjatuhka­n patung itu dan memecahkan­nya,” kata Rishq.

Patung kayu itu dibawa dari Sepanyol ke Baitulmuqa­ddis pada 1912, kata Eugenio Alliata, pengarah

Muzium Arkeologi SBF, yang mengumpul artifak dari Tanah Suci itu.

Kota Lama terletak di timur Baitulmuqa­ddis yang dituntut Israel dan menempatka­n tapak suci bagi orang Kristian, Yahudi dan Islam.

Gereja Church of the Condemntio­n terletak di Via Dolorosa, dan orang Kristian percaya ia menandakan jalan yang diambil oleh Yesus sebelum disalib di kota suci.

Jemaah dari seluruh dunia berjalan kaki dari Gereja Church of the Condemntio­n, berhenti untuk berdoa dan menyanyi di sepanjang jalan sebelum sampai ke tapak penyaliban dan pengebumia­n Yesus di Gereja Holy Sepulchre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia