Utusan Borneo (Sarawak)

Calon anugerah Grammy 2023 Eddy Kenzo berjaya selepas tragedi

Penyanyi Uganda itu pernah bergelut memujuk DJ memainkan lagunya dan berharap kejayaanny­a hari ini memberikan harapan kepada semua

-

YATIM piatu dan tiada tempat berteduh, Eddy Kenzo pernah bergelut untuk memujuk DJ memainkan lagunya tetapi calon Grammy pertama Uganda itu berkata kejayaanny­a memberikan harapan bahawa mereka yang paling miskin pun boleh berjaya.

Dicalonkan untuk Anugerah Grammy dalam kategori Persembaha­n Muzik Terbaik Dunia, Kenzo atau nama sebenar Edrisah Musuuza berkata berita itu menyebabka­nnya “terkedu”.

“Saya tidak dapat meluahkan perasaan saya. Ia seperti saya bermimpi,” kata artis berusia 33 tahun ketika memberitah­u agensi berita AFP semasa temu bual di studionya di ibu kota Uganda, Kampala.

“Pencalonan ini seharusnya memberikan harapan kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

“Walaupun mereka yang paling miskin dan hina daif boleh melakukann­ya. Jika saya melakukann­ya, mereka juga boleh melakukann­ya.”

Lahir dari ayah warganegar­a Uganda dan ibu warganegar­a Rwanda di mana keluargany­a adalah antara mangsa genosid 1994, kehidupan kanak-kanak Kenzo dipenuhi tragedi selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya kerana penyakit.

Beliau hanya berusia empat tahun ketika itu.

Pada masa Kenzo remaja, beliau tidur di tepi jalan di Kampala, dan kerap tidur dalam kelaparan.

“Saya menderita semasa kecil,” katanya.

Minatnya dalam sukan dan muzik mengekalka­n semangatny­a untuk hidup dan menjelang 2008, beliau mengumpul wang dari tepi jalan dan menghasilk­an lagu pertamanya ‘Yannimba’ dalam bahasa Luganda.

Tetapi beliau terus bergelut dengan tiada sokongan kewangan dan DJ radio menolak permintaan agar lagunya diputarkan di radio.

Dua tahun selepas debut sukar, beliau meraih kejayaan dengan single ‘Stamina’, yang semakin menguasai ruang udara dan menjadi lagu utama di parti peribadi dan kelab malam.

Pada 2011, beliau memenangi anugerah Artis Baharu Terbaik di Pearl of Afrika Music Awards.

Profilnya di peringkat dunia melonjak dengan penghasila­n lagu ‘Sitya Loss’ pada 2014, satu lagu menceritak­an tentang kehidupan zaman kanakkanak yang sukar dan kuasa terus berusaha.

“Impian saya ialah untuk menjadikan orang gembira, apabila seseorang menarik dia akan menjadi gembira, berasa selesa, ketawa, berasa disayangi, menghilang­kan ketegangan dan melupakan isu sukar di seluruh dunia,” katanya.

“Saya juga mahu menjadi isyarat harapan kepada mereka yang bermasalah dengan kehidupan semasa mereka di mana semua orang boleh berjaya dalam kehidupan.”

Dalam tahun-tahun seterusnya, beliau memenangi beberapa anugerah dengan gabungan lagu rentak

tarian dan rentak lagu Afrika, termasuk Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickeloden pada 2018, anugerah BET pada 2015 dan pelbagai Anugerah Muzik Seluruh Afrika.

Dan sekarang beliau boleh membawa pulang anugerah Grammy untuk lagu ‘Gimme Love’, lagu berbahasa LugandaEng­lish dengan kerjasama pemuzik dari Amerika Syarikat, Matt B pada 2022, di mana pemenang akan diumumkan pada 5 Februari.

Beliau berdepan dengan saingan pemuzik pop Afro dari Nigeria, Burna Boy antara lain.

“Jika saya menang, ia satu penghargaa­n kepada peminat saya, budaya saya dan semua yang telah menyentuh kehidupan saya,” kata Kenzo, yang tidak sabar untuk menghadiri majlis gilang gemilang itu.

Walaupun kenaikan mendadak, ayah kepada dua orang anak itu tidak lupa permulaan kecilnya dan berkata beliau mahu membuka laluan kepada mereka sepertinya.

Sebagai pengasas Big Talent Entertaime­nt, sebuah studio terletak di kawasan padat penduduk dan miskin di kejiranan Kampala, beliau melatih dan menjadi mentor kanak-kanak dari kawasan setinggan berhampira­n untuk mengembang­kan bakat muzik mereka.

Pada hari kunjungan AFP, beberapa orang kanak-kanak sedang berehat dari latihan muzik, sedang makan nasi, daging, sayur hijau dan kacang.

Ia satu perjalanan yang jauh dari dunia glamor Grammy tetapi Kenzo berkata beliau berazam untuk tidak membiarkan kejayaan antarabang­sa mengubahny­a.

Untuk satu perkara, beliau merancang untuk terus menghasilk­an muzik dalam bahasa Luganda, walaupun bahasa Inggeris akan menawarkan sambutan lebih meluas.

“Saya mahu mempromosi­kan budaya dan negara saya menerusi muzik,” katanya.

“Bukan kerana saya tidak dapat menyanyi dalam bahasa Inggeris tetapi saya mahu menjadi siapa diri saya.” — AFP

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar AFP ?? CALON GRAMMY: Eddy Kenzo di dalam studionya Big Talent Entertainm­ent yang terletak di Makindye, sebuah kawasan luar bandar Kampala, Uganda, pada 20 Januari lepas. Dicalonkan untuk anugerah Grammy dalam kategori Persembaha­n Muzik Terbaik Dunia, penyanyi Uganda itu akui pernah bergelut untuk memujuk DJ memainkan lagunya.
— Gambar AFP CALON GRAMMY: Eddy Kenzo di dalam studionya Big Talent Entertainm­ent yang terletak di Makindye, sebuah kawasan luar bandar Kampala, Uganda, pada 20 Januari lepas. Dicalonkan untuk anugerah Grammy dalam kategori Persembaha­n Muzik Terbaik Dunia, penyanyi Uganda itu akui pernah bergelut untuk memujuk DJ memainkan lagunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia