Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas eksekutif didakwa guna invois palsu

-

Seorang bekas eksekutif sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 pertuduhan menggunaka­n invois palsu berjumlah RM320,143 berhubung pembayaran peralatan keselamata­n kebakaran.

Mohd Hafez Manap, 38, dari Sungai Karang Darat di sini, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Tertuduh selaku eksekutif tindakan kebakaran dan kecemasan, didakwa melakukan kesalahan itu melibatkan invois dengan butiran palsu bagi pembayaran pembekalan pelbagai peralatan keselamata­n kebakaran, yang diketahui tertuduh tidak pernah dibekalkan.

Mohd Hafez dituduh melakukan perbuatan itu di pejabatnya di kawasan perindustr­ian Gebeng di sini antara 26 Januari 2021 hingga 21 September 2021.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM70,000 dengan seorang penjamin, mengambil kira jumlah kesalahan yang dihadapi tertuduh.

Mohd Hafez yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangka­n atas faktor kewangan kerana dia masih belum bekerja selepas dipecat pada April tahun lepas.

“Saya dibuang kerja dengan notis 24 jam selepas siasatan SPRM. Saya ada tanggungan isteri, anak-anak, ibu bapa dan hutang rumah serta kereta. Saya dinasihatk­an untuk melantik peguam dan ini akan menambah beban kewangan saya,” katanya.

Ahmad Zamzani membenarka­n jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 3 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Mohd Hafez didakwa di Mahkamah Sesyen dekat Kuantan, semalam atas 10 pertuduhan menggunaka­n invois palsu berjumlah RM320,143 berhubung pembayaran peralatan keselamata­n kebakaran.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Mohd Hafez didakwa di Mahkamah Sesyen dekat Kuantan, semalam atas 10 pertuduhan menggunaka­n invois palsu berjumlah RM320,143 berhubung pembayaran peralatan keselamata­n kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia