Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Penjara usahakan reformasi penjara untuk kurangkan kesesakan

-

Jabatan Penjara sedang melaksanak­an Reformasi Penjara yang bertujuan untuk mengurangk­an kesesakan dan residivis (jenayah berulang) di seluruh penjara termasuk Penjara Sungai Buloh.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini berkata pelbagaius­ahayangdil­akukan bagi meningkatk­an kapasiti dan mengurangk­an kesesakan penjara.

“Antaranya pemasangan katil bertingkat untuk kegunaan banduan di sel serta dormitori penjara, dan bekerjasam­a dengan mahkamah bagi mempercepa­tkan lagi perbicaraa­n.

“Selain itu, memfokuska­n lagi program pemulihan dalam komuniti yang ketika ini telah melibatkan 82,487 banduan dan dengan kadar residivis hanya 0.24 peratus,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya program pemulihan dalam komuniti itu turut melibatkan sejumlah banduan sabitan yang ditempatka­n di Penjara Sungai Buloh.

Usaha lain termasuk menggunaka­n bekas tapak Program Latihan Khidmat Negara sebagai Pusat Reintegras­i Penghuni dan Penjara Satelit serta sedang mengkaji penggunaan peranti pemantauan elektronik (EMD) kepada banduan reman berisiko rendah bagi mengelakka­n mereka ditahan di penjara.

“Melalui langkah yang diambil, masalah kesesakan yang dialami oleh Penjara Sungai Buloh telah dapat dikurangka­n.

“Peratus lebihan jumlah banduan pada ketika ini adalah 36 peratus berbanding kapasiti maksimum 4,200 banduan iaitu tambahan 20 peratus daripada kapasiti sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara memaklumka­n langkah mengurangk­an kesesakan akan diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi yang akan turut memberi tumpuan kepada penguranga­n jumlah banduan reman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia