Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasuh didenda RM5,000

Sebabkan kaki kanak-kanak melecur semasa menjaganya

-

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menyebabka­n kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan melecur semasa menjaganya.

Hakim Izralizam Sanusi turut memerintah­kan remaja berusia 20 tahun itu dikenakan bon berkelakua­n baik selama setahun dengan jaminan RM1,000 tanpa cagaran dan melakukan kerjakerja khidmat masyarakat selama 36 jam dalam tempoh enam bulan bermula semalam.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan telah mendedahka­n kanak-kanak berumur setahun tujuh bulan itu sehingga menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan melecur pada bahagian kaki kirinya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Brickfield­s di sini pada 10 pagi, 11 April 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh memandangk­an kesalahan itu serius kerana mangsa adalah kanakkanak. Peguam Azamuddin Abd Aziz yang mewakili tertuduh memohon hukuman berbentuk bon berkelakua­n baik dan khidmat masyarakat dengan alasan anak guamnya telah menyesal atas perbuatann­ya.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh ditangkap apabila pengadu iaitu ibu mangsa membuat laporan polis berikutan terdapat kesan lecur pada kaki kiri anaknya semasa mengambil kanakkanak itu di rumah pengasuhny­a.

 ?? — Gambar Bernama ?? DITUTUP:
Seorang pekerja memasang perancah pembinaan pada cerun tanah yang runtuh hingga menyebabka­n berlaku rekahan pada jalan raya di laluan Jalan Persiaran Senawang 3 (N035), dekat Seremban, kelmarin. Tinjauan di kawasan itu mendapati penghadang jalan ‘water barrier’ diletakkan bagi memberi amaran dan memaklumka­n kepada orang ramai penutupan jalan tersebut. Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dalam kenyataann­ya di laman sesawang menyatakan kerja-kerja pembaikan cerun runtuh sedang giat dilaksanak­an.
— Gambar Bernama DITUTUP: Seorang pekerja memasang perancah pembinaan pada cerun tanah yang runtuh hingga menyebabka­n berlaku rekahan pada jalan raya di laluan Jalan Persiaran Senawang 3 (N035), dekat Seremban, kelmarin. Tinjauan di kawasan itu mendapati penghadang jalan ‘water barrier’ diletakkan bagi memberi amaran dan memaklumka­n kepada orang ramai penutupan jalan tersebut. Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan dalam kenyataann­ya di laman sesawang menyatakan kerja-kerja pembaikan cerun runtuh sedang giat dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia