Utusan Borneo (Sarawak)

Guna nama tokoh terkenal, rugi sehingga RM4.6 juta masuk aplikasi e-ganjaran

-

Menggunaka­n nama-nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, menyebabka­n ramai terperdaya hingga kerugian lebih RM4.6 juta, selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucar sehingga 50 peratus sejak 2018.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaa­n Masyarakat Antarabang­sa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddi­n Hashim berkata setakat ini, kira-kira 100 mangsa telah membuat laporan polis dan pihaknya percaya ramai lagi mangsa yang terlibat dengan lebih lagi jumlah kerugian.

Beliau berkata selain daripada tokoh-tokoh terkenal, sindiket yang menawarkan perkhidmat­an baucar atau e-ganjaran itu, turut melibatkan pelbagai jenama terkenal antaranya Petronas atau Shell.

“Sindiket ini menawarkan orang ramai satu bentuk pelaburan, yang menawarkan mereka ganjaran atau baucar yang memberi mereka penjimatan sehingga 50 peratus. Kebanyakan vendor atau peniaga yang bersama dengan sindiket ini, terdiri daripada mereka yang mempunyai reputasi yang baik.

“Apa yang berlaku, ramai yang menyertai skim ini membeli baucar ini dan mereka beranggapa­n daripada pembelian baucar ini, mereka akan dapat subsidi serta diskaun pembelian barangan,” katanya dalam sidang media di hadapan di

Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini semalam.

Hishamuddi­n berkata modus operandi sindiket ini ialah pengguna dikehendak­i membeli baucar yang dikenali sebagai (QV), dengan pembayaran bagi baucar ini perlu dibeli melalui FPX online dan setelah membeli QV pada waktu promosi, mereka akan diberi ganjaran dalam bentuk baucar subsidi dikenali sebagai SV.

“Pengguna kemudian berbelanja dengan QV pada jumlah tertentu yang akan diberi ganjaran SV. Mangsa lebih tertarik dengan aplikasi ini apabila QV dan SV ini boleh digunakan untuk membeli barang atau perkhidmat­an yang tersedia di dalam aplikasi itu, dengan penjimatan

sehingga 50 peratus.

“Malangnya, setelah ramai yang membeli, pada April tahun lepas, syarikat ini secara tiba-tiba menghentik­an aplikasi mereka tanpa sebarang alasan munasabah. Semua baucar dalam ‘wallet’ aplikasi tersebut lesap, hilang begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatin­an Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan berkata ini merupakan satu penipuan dan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat, serta mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat yang menggunaka­n nama-nama orang kenamaan, bagi menarik orang ramai menyertai sindiket ini.

Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Rafiq dari Marang, Terengganu menjelaska­n, beliau tertarik dengan penawaran e-ganjaran tersebut kerana diskaun yang diberikan, selain diberi keyakinan oleh seorang pendakwah bahawa hukum pelaburan tersebut adalah harus.

“Apabila ditanya sebegitu, kita lagi bertambah yakin dengan skim e-ganjaran ini tanpa waswas. Ramai orang kenamaan ada dalam sindiket ini.

“Saya banyak gunakan untuk beli barang keperluan rumah dan perkakas untuk binaan rumah, kerana dapat penjimatan. Saya kehilangan kira-kira RM70,000 sejak menyertain­ya pada akhir tahun 2021,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SINDEKET PENIPUAN: Hishamuddi­n (tengah) bergambar bersama sebahagian ahli-ahli MHO dan mangsa selepas sidang media mengenai kes penipuan aplikasi e-ganjaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Musa (kanan).
— Gambar Bernama SINDEKET PENIPUAN: Hishamuddi­n (tengah) bergambar bersama sebahagian ahli-ahli MHO dan mangsa selepas sidang media mengenai kes penipuan aplikasi e-ganjaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Musa (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia