Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan menyeluruh kerosakan struktur jejambat LRT Bandaraya dijangka siap dua minggu

- — Bernama

Siasatan menyeluruh ke atas kerosakan struktur jejambat dan tiang yang retak berhampira­n stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya bakal mengambil masa dua minggu untuk dilengkapk­an.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi dan Pembanguna­n) Prasarana Malaysia Berhad Prodyut Dutt berkata perunding kejurutera­an yang dilantik telah memulakan siasatan tersebut kelmarin.

“Kerja-kerja baik pulih bergantung kepada hasil siasatan yang akan dibentangk­an kepada Kementeria­n Pengangkut­an dan APAD (Agensi Pengangkut­an

Awam Darat),” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kerosakan di stesen LRT Bandaraya di sini semalam.

Beliau berkata sebuah jawatankua­sa telah dibentuk melibatkan pihaknya serta Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Prodyut berkata pihaknya perlu mengutamak­an keselamata­n penumpang dan setiap tindakan diambil mengambil kira faktor keselamata­n sebelum memulakan operasi seperti sediakala.

Media sebelum ini, melaporkan operasi perkhidmat­an LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamata­n akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampira­n stesen Bandaraya serta kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, menyebabka­n gangguan antara dua stesen iaitu Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bermula 27 Januari lepas.

Perkhidmat­an bas perantara telah diaktifkan sejak hari pertama bagi menggerakk­an penumpang yang terkesan akibat gangguan tersebut selain penempatan petugas tambahan bagi melancarka­n pergerakan.

Waktu puncak perkhidmat­an juga dilanjutka­n dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang hingga 8.30 malam.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Prodyut meninjau kerosakan struktur viaduct dan pier yang retak berhampira­n stesen LRT Bandaraya yang menyebabka­n gangguan operasi LRT Laluan Ampang antara dua stesen iaitu Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya sejak 27 Januari lepas di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Prodyut meninjau kerosakan struktur viaduct dan pier yang retak berhampira­n stesen LRT Bandaraya yang menyebabka­n gangguan operasi LRT Laluan Ampang antara dua stesen iaitu Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya sejak 27 Januari lepas di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia