Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamed Khaled pertahan jawatan naib presiden

Dua lagi penyandang naib presiden ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid

- Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam mengesahka­n akan mempertaha­nkan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

“Saya kekal mempertaha­nkan jawatan (Naib Presiden UMNO),” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelanca­ran Universiti UCSI Kampus Cawangan Bangladesh di sini semalam.

Dua lagi penyandang naib presiden ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata langkah permulaann­ya ke peringkat nasional itu mendapat persetujua­n daripada pucuk pimpinan bahagian dan negeri serta Ketua Pemuda UMNO

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Saya akan cuba memastikan ada kesinambun­gan, sekali gus membawa imej pemuda yang sentiasa lantang bersuara untuk kepentinga­n rakyat,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, ketika ditemui baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Johor sejak 2018 itu berkata bagi jawatan berkenaan, beliau dijangka berentap dengan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Mohd Nazifuddin dalam saingan tiga atau empat penjuru.

Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO disandang oleh Shahril Sufian Hamdan sebelum beliau digantung oleh parti selama enam tahun baru-baru ini.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidanga­n Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankua­sa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan ialah pada 1 hingga 26 Februari ini.

Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan

Jawatankua­sa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankua­sa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac ini. — Bernama

Saya kekal mempertaha­nkan jawatan (Naib Presiden UMNO).

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia