Utusan Borneo (Sarawak)

Fernandes puji kesungguha­n Ten Hag bimbing kelab hingga ke final

-

LONDON: Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes memuji peranan pengurus kelab Erik Ten Hag dalam mengubah nasib pasukan selepas kelab menempah tempat ke final Piala Liga Inggeris. Ten Hag, dalam musim pertama di Old Trafford, akan membimbing pasukannya di final Piala Liga Inggeris menentang Newcastle United pada 26 Februari di Stadium Wembley selepas menewaskan Nottingham

Forest 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua pada Rabu untuk kemenangan agregat 5-0.

Ia memberikan satu peluang untuk United menamatkan kemarau kejuaraan terburuk dalam tempoh 40 tahun - di mana mereka gagal memenangi sebarang kejuaraan sejak memenangi Liga Europa pada 2017. ”Sememangny­a ia adalah luar biasa bagi kami,” kata Fernandes, yang menjadi kapten United ketika tewas di final Liga Europa kepada Villarreal.

“Ia sudah agak lama sejak Liga Europa. Sejak saya berada di sini, kami tidak beraksi dalam final yang lain. Anda datang ke kelab ini untuk berada dalam kedudukan memenangi trofi dan kami dalam kedudukan yang sangat cerah sekarang.”

Ten Hag melakukan perubahan dramatik dalam nasib dan budaya kelab Old Trafford sejak tiba dari kelab Ajax, dengan kejuaraan pertama semakin hampir menjadi realiti.

Tahun lepas, mereka menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keenam dan tidak melakukan banyak perkembang­an dalam pertanding­an piala domestik atau dalam Liga Juara-Juara di bawah kendalian bekas jurulatih Ole Gunnar Solskjaer dan kemudian jurulatih sementara Ralf Rangnick.

Tetapi musim ini, mereka berada di tangga keempat liga dan masih bersaing dalam tiga pertanding­an.

“Saya fikir tahun lepas, ia adalah tentang keyakinan,” kata Fernandes, yang juga pemain tengah antarabang­sa Portugal, yang menyertai United pada Januari 2020.

“Anda menang satu perlawanan, tewas perlawanan lain, kemudian seri - anda tidak akan dapat satu rentak kemenangan yang memberikan keyakinan untuk terus melangkah dan melakukan yang terbaik.

“Anda merasakan bahawa pada bila-bila masa permainan tidak memihak kepada anda.

“Keyakinan itu rendah dan ia mewujudkan ketidakten­tuan tetapi apa yang jelas, saya fikir musim ini, apa yang paling penting ialah keputusan. Anda berasa lebih yakin.

“Idea pengurus diterapkan ke dalam pasukan, anda boleh melihatnya. Pemain yang datang ke kelab jika memainkan peranan itu tetapi mereka yang terus kekal juga bermain dan memainkan peranan mereka.”

 ?? TEN HAG ??
TEN HAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia