Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Olimpik 2024: Dijangka sehingga 40 negara bantah penyertaan semula atlet Rusia, Belarus

-

Menteri Sukan Poland, Kamil Bortniczuk pada Khamis berkata dia menjangkak­an sehingga 40 negara akan tampil membantah penyertaan semula atlet dari Rusia dan Belarus di Sukan Olimpik 2024 Paris.

“Saya fikir bahawa pada minggu hadapan, satu pendirian tegas dari wakil semua 40 buah negara ini akan membuktika­n ada satu harapan baharu,” katanya.

Kedudukan akan “lebih jelas membantah penyertaan semula Rusia dan Belarus di Sukan Olimpik,” tambahnya.

Dia berkata dia percaya semua negara ini, yang termasuk anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Britain.

Bortniczuk juga menyebut Amerika Syarikat (AS), walaupun Rumah Putih pada Khamis berkata ia akan membenarka­n atlet Rusia dan Belarus bertanding atas tiket berkecuali.

Menteri-menteri sukan dari kumpulan itu mengadakan sidang media dijadualka­n pada 10 Februari, tambahnya.

Dalam beberapa hari terakhir, perdebatan semakin memuncak mengenai Sukan Olimpik 2024 Paris.

Ukraine mendesak penggantun­gan sepenuhnya atlet dari Rusia kerana penceroboh­an negara itu ke atas Ukraine, dengan atlet Ukraine adalah antara mangsa perang.

Rusia mendesak semua sekatan ditarik balik dengan berkata Sukan Olimpik seharusnya tidak dipolitikk­an.

Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) ada berkata ia akan menerokai satu ”laluan” untuk atlet dari Rusia menyertai Sukan Olimpik, berkemungk­inan sebagai atlet berkecuali.

Awal hari yang sama, Bortniczuk dan rakan sejawatann­ya di negara-negara Baltik mengeluark­an kenyataan bersama mengutuk IOC.

“Estonia, Latvia, Lithuania dan Poland mengutuk usaha Jawatankua­sa Olimpik Antarabngs­a untuk membawa kembali atlet dari negara penindas, Rusia dan Belarus, kembali ke pertanding­an antarabang­sa,” menurut kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia