Utusan Borneo (Sarawak)

Varane nekad bersara dari bola sepak antarabang­sa

-

Pemain pertahanan antarabang­sa Perancis, Raphael Varane, mengumumka­n persaraan dari bola sepak antarabang­sa selepas kegagalan Perancis mempertaha­nkan kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Varane, yang membuat 93 penampilan bersama Perancis, adalah sebahagian dari skuad Perancis yang menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia tetapi gagal membantu Perancis mempertaha­nkan kejuaraan mereka pada bulan Disember lalu. Dia juga membantu skuad kendalian Didier Deschamps memenangi Liga Negara UEFA pada 2021.

“Mewakili negara yang hebat selama satu dekad merupakan salah satu penghormat­an besar dalam kehidupan saya,” kata Varane dalam satu kenyataan. “Setiap kali saya menyarung

jersi biru kebangsaan, saya berasa sangat bangga, tugas untuk memberikan segalagala­nya, untuk bermain dengan jiwa dan raga dan untuk memenangi setiap kali kami memasuki padang.

“Saya sudah memikirkan­nya sejak beberapa bulan dan saya membuat keputusan bahawa ia adalah masa yang tepat untuk saya bersara dari bola sepak antarabang­sa.”

Pemain pertahanan kelab Manchester United itu merupakan pemain utama skuad kebangsaan Perancis sejak membuat penampilan sulung antarabang­sa pada 2013.

Varane beraksi dalam kesebelasa­n utama dalam setiap perlawanan di Piala Dunia 2018 ketika Perancis muncul juara dunia buat kali pertama sejak 1998. Bagaimanap­un, dia bergelut pada Euro 2020 ketika Perancis tersingkir di pusingan kedua, tewas kepada Switzerlan­d menerusi penentuan sepakan penalti.

Keputusan Varane hadir beberapa minggu selepas penjaga gol Perancis yang juga kapten pasukan, Hugo Lloris, mengumumka­n persaraan dari bola sepak antarabang­sa pada usia 36 tahun.

Varane menambah bahawa ia adalah masa untuk “kumpulan pemain muda berbakat” untuk mengambil alih tempatnya.

“Raphael menghubung­i saya beberapa minggu yang lalu untuk menjelaska­n bahawa dia mahu bersara dari bola sepak antarabang­sa. Dia pemain yang bijak yang tahu bagaimana untuk mengambil masa untuk memikirkan­nya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan akhir,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Raphael percaya dia sudah sampai ke akhir pengembara­annya bersama pasukan Perancis. Saya pernah berada dalam situasi yang sama sepertinya, saya faham penjelasan­nya dan menghormat­i keputusann­ya.

“Ketika akan mempunyai haluan yang berbeza, saya mahu memuji kejujurann­ya, komitmen tidak pernah luntur kepada skuad. Raphael memainkan peranan penting dalam dan luar padang dalam dekad lalu.”

 ?? ?? VARANE
VARANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia