Utusan Borneo (Sarawak)

Jerung United buktikan kehebatan

Pasukan futsal berkaliber itu mengunggul­i Kejohanan Samarahan Futsal5v5 2023 di Stadium Tertutup Kota Samarahan

- Oleh Hamkar Sarbinee Philemon Wity

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Jerung United membuktika­n kehebatan mereka apabila mengunggul­i Kejohanan Samarahan Futsal5v5 2023 di Stadium Tertutup Kota Samarahan, di sini.

Naib juara dimenangi pasukan MRM A FT dan pemenang tempat

ketiga bersama ialah KS Putin FT dan Abe Mi Chicken.

Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan ini dan lapan pasukan melayakkan diri ke saingan suku akhir.

Manakala empat pasukan berentap pada aksi separuh akhir iaitu Apollo United, Vista Team, Brocca KTB FT dan Masbro FT.

Sepanjang kejohanan itu, penjaga gol pasukan Jerung

Pengerusi Futsal5v5 dan Pengarah Urusan Futbolista Group

iaitu Roy Coustant Hugh diumumkan sebagai pemenang Penjaga Gol Terbaik.

Sementara itu, Pemain Terbaik dimiliki Abang Nur’Afirddin (Jerung), Penjaring Terbanyak dianugerah­kan kepada Muhammad Nur Asri (KS Putin FT) dan Pasukan Terbaik diraih MRM A FT.

Pemenang menerima hadiah berupa piala, pingat, anugerah dan sejumlah wang tunai.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengerusi Futsal5v5 dan Pengarah Urusan Futbolista Group, Philemon Wity.

Philemon berkata, kejohanan seterusnya dianjurkan FUTSAL5V5 ialah Sarikei Futsal5v5 2023 pada 18 dan 19 Februari ini, Simanggang Futsal5v5 2023 pada 25 dan 26 Februari serta Kuching Futsal5v5 pada 5 Mac depan.

“Setelah hampir tiga tahun tidak menganjurk­an Kejohanan Futsal5v5 kerana wabak COVID-19 sejak 2020, tahun ini kejohanan di Samarahan merupakan pertama setelah diaktifkan.

“Penganjur sangat komited memberikan penganjura­n yang terbaik kepada semua pasukan,” katanya berucap pada majlis penutupan Samarahan Futsal5v5 2023 di Stadium Tertutup Kota Samarahan.

Philemon berkata, penganjur turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding.

Katanya, kejohanan kali ini banyak menampilka­n pemenang baharu dan penyertaan pasukan dan pemain-pemain baharu.

Setelah hampir tiga tahun tidak menganjurk­an Kejohanan Futsal5v5 kerana wabak COVID-19 sejak 2020, tahun ini kejohanan di Samarahan merupakan pertama setelah ” diaktifkan.

 ?? ?? TAHNIAH: Philemon (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Jerung United menjuarai Kejohanan Samarahan Futsal5v5 2023 di Stadium Tertutup Samarahan.
TAHNIAH: Philemon (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Jerung United menjuarai Kejohanan Samarahan Futsal5v5 2023 di Stadium Tertutup Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia