Utusan Borneo (Sarawak)

Allexiss rangkul juara kejohanan Chinese New Year Special 2023

-

KUCHING: Megalanes Sarawak memulakan aktiviti tahunannya menganjurk­an kejohanan Chinese New Year Special 2023 pada Ahad lalu.

Sebelum pertanding­an bermula, peserta-peserta disajikan dengan tarian singa dan naga oleh Persatuan Tarian Naga dan Singa Kota Sentosa Kuching bagi memeriahka­n suasana pertanding­an itu.

Berakhir saingan, Allexiss Oneil Edward dinobatkan juara selepas mengumpul 1,299 jatuhan pin dalam enam pusingan perlawanan.

Tempat kedua pula dirangkul Nurul Asyiqin Hasnan selepas mengutip 1,257 pin sekali gus dinobatkan pemain wanita terbaik pertanding­an tersebut. Manakala Peter Pu merangkul kedudukan ketiga dengan 1,209 jatuhan pin.

Norman Fadhli Abdul Rahman memenangi tempat keempat selepas merekodkan sebanyak 1,187 jatuhan pin turut memenangi kategori ‘high game’ hasil jatuhan 254 pin dalam pusingan kedua.

Keputusan itu disusuli Ruhana Bujang di tempat kelima selepas mengumpul 1,184 jatuhan pin dan turut memenangi kategori ‘best senior’.

Tempat keenam menjadi milik Eddie Tan (1,180), Awang Fadilah Jaya tempat ketujuh (1,163) dan Wan Mazlan Ahmad Mohtasa di tempat kelapan (1,153).

Abdul Aziz Kadri menggondol tempat kesembilan (1,151) disusuli Mohammad Ghazali Yaman menduduki tempat Ke-10 (1,152), Abu Seman Umar tempat Ke-11 (1,144) dan Wan Othman Shah di tempat Ke-12 (1,136).

Melvin Gilbert Gimang berpuas hati di tempat Ke-13 (1,135) di mana beliau turut membawa pulang kategori ‘high game’ bersama Norman Fadhli dengan jatuhan 254 dalam pusingan keempat.

Sementara itu, Zaini Rawi merangkul tempat Ke-14 mengumpul 1,120 mata dan Bong Kihow tempat Ke-15 (1,112).

 ?? ?? JUARA: Allexiss (dua kanan) muncul sebagai juara bersama hadiah kemenangan­nya serta pemenang lain.
JUARA: Allexiss (dua kanan) muncul sebagai juara bersama hadiah kemenangan­nya serta pemenang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia