Utusan Borneo (Sarawak)

Firmino bakal perbaharui kontrak bersama Liverpool

-

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino dilaporkan akan menandatan­gani kontrak baharu untuk terus kekal di Anfield.

Penyerang berusia 31 tahun itu adalah salah seorang pemain semasa paling lama di kelab, selepas menyertai kelab pada 2015 — empat bulan sebelum Jurgen Klopp dilantik sebagai pengurus.

Kontrak semasanya dijangka akan tamat pada akhir musim ini, memberikan kelab dan pemain satu keputusan besar untuk dibuat.

Tetapi penyiaran Sky Germany melaporkan bahawa Firmino diambang menandatan­gani kontrak baharu, menurut ejen pemain.

Walaupun minat dari beberapa kelab di seluruh Eropah, Brazil dan Arab Saudi, Firmino mahu menandatan­gani kontrak dua tahun, yang mungkin akan mengekalka­nnya di kelab untuk tempoh satu dekad.

Firmino adalah pemain yang popular di Anfield sejak tiba dari kelab Hoffenheim dari Jerman dengan nilai 29 juta euro pada 2015.

Dia memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab dan memenangi Liga JuaraJuara dan Liga Perdana Inggeris selain turut memainkan peranan ketika membentuk jentera serangan Liverpool bersama-sama Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Ketika Mane membuat keputusan meninggalk­an Liverpool untuk ke Bayern Munich pada musim panas lalu, Firmino kelihatan akan mengikuti jejak Salah dengan menandatan­gani kontrak baharu.

Dalam dua tahun terakhir, Firmino kurang diturunkan kerana kehadiran Diogo Jota, Luis Diaz dan Darwin Nunez.

Liverpool juga mendapatka­n Cody Gakpo pada pasaran perpindaha­n bulan lepas dengan yuran perpindaha­n 44 juta pound - walaupun Klopp menegaskan dia sememangny­a mahu Firmino terus kekal.

Firmino, yang menerima gaji 180,000 pound seminggu, juga dipercayai mendapat perhatian Barcelona, Atletico Madrid dan Juventus, selain kelab zaman kanak-kanaknya, Sao Paulo.

Dalam apa yang merupakan musim hambar buat Liverpool, Firmino adalah salah seorang pemain yang menyerlah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia