Utusan Borneo (Sarawak)

MEASAT komited sedia jalur lebar satelit

Sedia perkhidmat­an jalur lebar satelit CONNECTme NOW di Sarawak terutama di kawasan pedalaman.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pengendali satelit MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) terus komited untuk menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar satelit mereka, iaitu CONNECTme NOW di negeri ini terutama di kawasan pedalaman.

Ketua Pegawai Operasi MEASAT Yau Chyong Lim berkata, mereka berada di Sarawak untuk tempoh jangka panjang bagi menyediaka­n manfaat rangkaian Internet kepada penduduk negeri ini.

“Kami mempunyai lebih 4,000 lokasi atau tapak CONNECTme NOW di seluruh negara dan Sarawak merupakan kawasan penting perkhidmat­an kami dan kami akan terus menyokong usaha kerajaan negeri khasnya dalam kesalinghu­bungan masyarakat.

“Ia memang sesuatu yang sangat mencabar untuk menghubung­kan penduduk terutama pedalaman dengan perkhidmat­an Internet ini kerana kami pergi ke kawasan yang mana syarikat telekomuni­kasi tidak pergi.

“Kami pergi ke kawasan yang memerlukan seharian untuk sampai, logistikny­a lebih tinggi daripada kos tetapi apa yang penting adalah menyediaka­n perkhidmat­an Internet yang memberi manfaat kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis MEASAT bersama pengamal media di sini, semalam.

Jelasnya, MEASAT sudah berada dalam industri sejak 30 tahun lalu dan mempunyai satelit sendiri dan akan mengemas kini teknologi Internet sedia ada sesuai mengikut keadaan.

“Kami tidak akan berhenti dan berada di Sarawak untuk jangka panjang dan akan cuba menggunaka­n teknologi terbaharu atau sewajarnya bagi tempat tertentu.

“Jika ia boleh dan tidak mustahil untuk dibawa masuk, maka kami akan cuba. Paling penting ia mendapat sokongan tempatan,” katanya.

Yau memaklumka­n, malahan pada Isnin mereka (pihak MEASAT) mengadakan kunjungan terhadap Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi bagi mengemas kini tentang kemas kini apa yang dilakukan MEASAT di pasaran selain perkembang­an terkini syarikat.

Sementara itu, Ketua Pegawai

Komersial MEASAT Ganendra Selvaraj ketika ditemui berkata, CONNECTme NOW adalah perkhidmat­an jalur lebar yang menyediaka­n perkhidmat­an kepada komuniti khasnya di kawasan pedalaman di negeri ini yang tidak mempunyai perkhidmat­an 4G atau gentian fiber.

“Buat masa ini, kita mempunyai hampir 4,000 lokasi di seluruh negara dan daripada jumlah itu hampir 2,000 lokasi/tapak di Sarawak.

“Ia memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 orang populasi seluruh negara sementara Sarawak adalah dianggarka­n 200,000 orang atau 10 peratus daripada populasi Sarawak yang menerima manfaat perkhidmat­an ini,” katanya.

 ?? ?? KEMAS KINI: Yau (barisan depan, enam kiri) dan Ganendra (barisan belakang, tiga kiri) serta pasukan MEASAT merakam kenangan bersama pengamal media tempatan yang hadir selepas majlis.
KEMAS KINI: Yau (barisan depan, enam kiri) dan Ganendra (barisan belakang, tiga kiri) serta pasukan MEASAT merakam kenangan bersama pengamal media tempatan yang hadir selepas majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia