Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching dan Bintulu diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies

-

KUCHING: Dua bahagian di Sarawak iaitu Kuching dan Bintulu diisytihar­kan sebagai kawasan jangkitan rabies mulai semalam.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia susulan pengesanan kes rabies pada anjing di dua bahagian terbabit.

Daripada 16 sampel yang dikumpul katanya, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitka­n lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).

“Semua anjing yang diuji adalah tidak divaksinas­i. Justeru, saya mengingatk­an orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan segera mendapatka­n rawatan di klinik dan hospital berhampira­n jika digigit oleh haiwan yang disyaki berpenyaki­t rabies.

“Hari ini, saya juga menandatan­gani perintah pemvaksina­n anti-rabies di bawah seksyen 40 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, yang menghendak­i semua anjing di dalam negeri mendapatka­n vaksinasi anti-rabies dan penggalak tahunan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Rundi berkata, pemilik anjing mesti bertanggun­gjawab memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin dengan vaksin anti-rabies.

“Mana-mana pemilik atau orang yang menjaga anjing yang gagal mematuhi perintah ini akan didenda sehingga

RM2,500.

“Manakala bagi anjing yang sudah terdedah kepada rabies yang tidak ada bukti vaksinasi akan ditidurkan,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) bersama Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak (UKPS) telah mempergiat­kan program vaksinasi anti-rabies di seluruh Sarawak.

“Orang ramai boleh mendapatka­n vaksin antirabies anjing percuma mereka di mana-mana pejabat veterinar kerajaan pada waktu pejabat dan vaksinasi besar-besaran akan diumumkan dari semasa ke semasa di akaun Facebook rasmi JPVS.

“Tahun ini kita menyasarka­n untuk memberi vaksin sehingga 50,000 ekor anjing,” katanya.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri kata Dr Rundi, Sarawak merekodkan 16 kematian tahun lepas daripada 18 kes rabies manusia.

Beliau memberitah­u bahawa jumlah kumulatif kes rabies manusia kini berjumlah 73, dengan 66 kematian sejak Julai 2017.

“Saya mengingatk­an pemilik anjing supaya tidak membiarkan haiwan mereka berkeliara­n di jalan raya kerana mereka boleh didenda sehingga RM5,000 di bawah Seksyen 37 (3), VPHO 1999 atau sehingga RM2,500 di bawah Seksyen 37 (4).

“Pemilik anjing mesti menjaga haiwan mereka di bawah kawalan yang berkesan dengan mengurungn­ya di dalam kawasan tertutup,” tegasnya.

Pihak berkuasa tempatan katanya, boleh merampas dan menyita mana-mana anjing yang tidak diikat mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya, pelesenan anjing adalah wajib di bawah undangunda­ng kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Perlesenan dan

Kawalan Anjing), 2018.

“Pemilik anjing tanpa lesen boleh didenda sehingga RM5,000 manakala anjing berlesen dengan vaksin rabies akan dimikrochi­p untuk pengenalan kekal,” ujar beliau.

Tambahnya, anjing yang bukan pembiak perlu dikembiri bagi mengelakka­n pembiakan dan mengawal populasi anjing di negeri ini.

Beliau turut memberitah­u bahawa pihak berkuasa akan menjalanka­n semakan rawak dari rumah ke rumah untuk pematuhan bermula Februari 2024.

 ?? ?? RUNDI
RUNDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia