Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran lega terima bantuan kerajaan

Mangsa kebakaran di pekan Batu 7, Hiew Sze Hian lega terima pelbagai bentuk bantuan berjumlah RM13,100

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Hiew Sze Hian, 39, antara mangsa kebakaran dalam insiden 9 Januari lalu di pekan Batu 7, menarik nafas lega selepas menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan melibatkan jumlah keseluruha­n RM13,100.

Kebakaran yang berlaku itu tidak hanya memusnahka­n rumah kedai yang juga tempat tinggal bersama keluargany­a tetapi kehilangan seorang cahaya mata istimewa (OKU) berusia 12 tahun dalam kejadian yang berlaku sekitar 3 petang itu.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah hadir menghulurk­an sumbangan wang saku kepada Hiew di pekan Batu 7, dekat sini semalam memaklumka­n bantuan-bantuan lain telah disalurkan sejak kejadian berlaku.

“Semua bentuk bantuan seperti makanan, pakaian, baju seragam dan peralatan sekolah, kelengkapa­n tidur serta kelengkapa­n dapur telah diserahkan kepada Hiew.

“Kita menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) juga telah memberi bantuan bahan binaan berjumlah RM4,000 serta bantuan pemulihan perniagaan kepada Hiew untuk membolehka­n beliau memulakan semula perniagaan­nya,” katanya kepada pemberita pada majlis ringkas penyerahan bantuan wang saku kepada mangsa semalam.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Kominiti Noriah Ahmad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching Shairena Jeryin dan Penghulu

Lai Boon Khee.

Menurut Fatimah, bantuan pemulihan perniagaan diberikan kepada Hiew kerana beliau tidak dilindungi polisi insurans seperti mangsa lain dalam insiden kebakaran itu.

Bagaimanap­un ujarnya, mangsa-mangsa lain telah diberikan sumbangan bencana seperti wang saku dan makanan.

“Mangsa lain tidak tinggal di rumah kedai dua tingkat yang musnah dalam kebakaran tempoh hari.

“Mereka hanya menggunaka­n tingkat atas untuk menyimpan stok barangan berbeza dengan Hiew, memang tinggal di tingkat dua bangunan rumah kedainya.

“Sebab itulah kita memberi bantuan bahan binaan kepadanya. Salam takziah juga kita ucapkan kepada Hiew kerana kehilangan anaknya.

“Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini,” tambah beliau.

Hiew memberitah­u media, ketika ini dia dan keluarga tinggal di rumah sahabat karibnya yang membenarka­nnya tinggal di situ secara percuma sementara menunggu kerjakerja pembaikan ke atas rumah kedai milik keluarga itu siap.

“Bersyukur kerana ramai rakan dan keluarga yang membantu. Walaupun masih sukar menerima kehilangan ini tetapi kami sekeluarga harus tabah.

“Terima kasih juga kepada kerajaan kerana tampil membantu kami,” katanya ringkas.

Pada 9 Januari lalu dalam kejadian kebakaran yang memusnahka­n enam rumah kedai di pekan Batu 7, Kota Sentosa, seorang kanakkanak ditemui rentung.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Henderi Ardimansya­h berkata mangsa yang tidak dapat bergerak secara normal terperangk­ap di tingkat atas bangunan rumah kedai tersebut.

Henderi berkata api marak dengan cepat menyebabka­n mangsa yang merupakan OKU telah terperangk­ap dan ditemui meninggal dunia dalam keadaan rentung.

Semua bentuk bantuan seperti makanan, pakaian, baju seragam dan peralatan sekolah, kelengkapa­n tidur serta kelengkapa­n dapur telah diserahkan kepada Hiew.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ?? — Gambar UKAS ?? TANDA KEHADIRAN: Tengku Hassanal menandatan­gani buku log kedatangan Muzium Budaya Borneo.
— Gambar UKAS TANDA KEHADIRAN: Tengku Hassanal menandatan­gani buku log kedatangan Muzium Budaya Borneo.
 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Fatimah menyerahka­n bantuan wang saku kepada Hiew. Turut kelihatan (dari kanan) Lai, Noriah dan Shairena.
RINGANKAN BEBAN: Fatimah menyerahka­n bantuan wang saku kepada Hiew. Turut kelihatan (dari kanan) Lai, Noriah dan Shairena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia